"KAU hak aku!" Kedua-dua belah mata terus terbuka luas.
Peluh yang galak membasahi wajah dibiarkan mengalir setitik demi setitik. Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali. Dada yang semakin berombak kuat diusap perlahan. Elina memejam rapat.
Astagfirallahalazim..sudah lama rasanya dia tak memimpikan tentang perkara tu. Mulut terkumat-kamit menyebut kalimah Allah tanpa henti.
Kalau boleh, nak je dia lupakan kisah dahsyat tu dan biar ia hilang dari ingatan bagaikan tak pernah wujud dalam dunia ni.
Tapi, dah kenapa mimpi tu datang semula? Kembali menghantui hidupnya?
Tujuh tahun. Tujuh tahun sudah pun berlalu.
Ya, berlalu daripada satu detik yang sangat dahsyat. Sangat menyakitkan. Sehingga ia mampu meninggalkan parut yang kini luka dan berdarah semula.
Tapi, kenapa sekarang? Kenapa mesti sekarang?
Walaupun dia sudah besar panjang. Sudah dewasa. Lebih punya kekuatan berbanding dahulu kala. Kecil dan lemah. Dan sudah tentu juga dia tahu itu bukan hanya sekadar mimpi.
Mimpi tadi terasa seperti amaran.
Spontan bibirnya tersenyum sinis. Tawa halus berkumandang dari bibir.
Huh, amaran apa kejadahnya...
Dusta. Itu semua dusta! Tak ada masa gadis sepertinya nak percaya benda karut macam tu. Tak realistik langsung!
Percayalah, berkali-kali dia berdoa agar fikirannya tak pernah terlintas atau sekali mengingati kepada masa silam itu lagi. Hampir tiap-tiap hari. Bukannya bawa faedah pun, menggunungkan lagi perasaan dendam yang masih terkubur dalam hati ni ada lah!
Apa yang dia tahu, kisah itu sudah lama dilupakan dan bertukar menjadi sejarah. Sejarah hitam hanya dipenuhi dengan kegelapan. Kotoran. Pengkhianatan. Kepalsuan.
Dosa.
"Adoi, mak..." Ahh..dah berapa lama dirinya terlelap? Habis satu badan terasa sakit, lagi-lagi kaki an pinggang ni ha...
Lantas tangan kanan diangkat, mengurut pelipis. Rasa sakit dia tu lain macam betul hari ni. Setahu dia, dia tak pernah pulak kena migraine. Sakit kepala sikit-sikit je.
Panadol oun tak pernah dia ambil walau sakit macam mana sekali pun. Ubat yang paling dia percayai dan yang paling berkesan ialah tidur.
Tapi tu lah, niat dia nak tidur terbantut apabila teringat akan mimpi tadi.
Elina menggeleng laju. Keep it together, El! Jangan hanya disebabkan mimpi buruk tu kau jatuh! Dia melarang dalam hati.
"Hmm..sunyinya.." Tanpa sedar, dia mengumam sendirian. Memecahkan kesunyian yang kian melanda.
Ya, sunyi.
Selama dia hidup atas muka bumi ni, dia tak pernah anggap hidup ini hanya gembira, ceria, cupcakes and rainbows semata. Dikelilingi orang tersayang. Dikelilingi tuah.
Huh, itu semua drama. Jangan mimpi lah nak kehidupannya yang begitu sempurna.
Jalan cerita indah, happy family, jumpa soulmate, ada halangan, bla bla bla.. pastu happy ending. Bagaikan pementasan. Semuanya palsu! Hanya wujud dalam khayalan. Khayalan yang diberi nama khas iaitu fantasi. Di mana semua yang kita impikan, semua yang kita hajatkan, semua yang kita tamakkan...
Semuanya boleh didapati di dalam fantasi.
Tapi dalam realiti, percaya lah.
Kita sendiri akan sedar betapa kosong dan sunyinya dunia ini.
✦ ✦ ✦
DAN...tika itu, dirinya menyedari sesuatu.
Lantas Elina memegang sekitar dahi dan kepala. Hairan. Aik, sejak bila aku pakai scarf pergi kerja?
Eh, tak..ini....
Semakin dia meneka di dalam hati, semakin resah dia jadinya. Dia mahu nafi tapi..dia takut lagi dia menafi, lagi teruk kenyataannya!
Ah..ini...
Ini...!
Head bandage!
Fikirannya mula memproses. Anak mata terus melilau ke sekeliling lalu tertangkap pada sesuatu yang terletak betul-betul sebelah tubuhnya dibaringkan. Sejak bila bilik dia ni ada tiang elektrik pulak ni? Siap bertali lagi..
Baru saja Elina mahu mencapai 'tiang' tersebut untuk mengenal pasti, tapi niatnya terbantut sebaik saja mata melabuhkan pandangan pada permukaan tangan.
Ha, sudah!
Tubuh kecilnya mula menggeletar. Kenapa tangan aku kena cucuk pulak ni? Aku dekat hospital ke? Kenapa?
Darah...darah...!
"Argh.." bibir menyeringai kesakitan. Kepala dipegang apabila terasa seidikit berdenyut.
Kenapa dia langsung tak dapat nak ingat tentang semalam? Apa yang berlaku sehingga baru pagi ini dia sedar dia terlentang di atas katil hospital? Mana ibu? Mana Angah?
Sedang dia memikirkan kebetulan di sebalik kejadian yang dia hadapi, Elina cuba untuk mengubah posisi. Kalau duduk lebih senang nak fikir. Otak tu kasi straight dulu. Baring ni kejap lagi terlelap pulak sampai keesok baru dia jaga.
"Ugh.."
Nak bangkit dan tangan kirinya dicuba untuk angkat tapi seperti ada yang menghalangnya dari membuat sedemikian.
Segera kepala menoleh ke kiri dan...
"Arghhhh!!!"
✦ ✦ ✦
BANTAL putih yang dijadikan bantal kepala itu dicapai lalu dia baling tepat mengena tubuh di hadapan katil. Cawan dan gelas plastik juga diambil kemudian dicampak.
"Kau siapa ha?!" Elina mula menjerit kuat.
"Kau blah sekarang! Blah!!!" halau Elina. Jari telunjuk dihala ke pintu bilik mengarahkan tubuh itu keluar.
Haih, Ya Allah kalau boleh nak je dia tendang orang ni keluar tingkap terus!
"Elina..biar saya jelaskan dulu.." Suara itu seolah-olah merayu.
Huh! Merayu konon! Merayu lah puas-puas! Tengok kau cium kaki aku nak minta maaf pun aku takkan maafkan lah! jeritnya dalam hati.
Apabila Elina kian memperlahankan pergerakkan anggota badan yang mengganas, tubuh itu segera maju ke hadapan. Birai katil dituju.
Malangnya, Elina lebih cepat bertindak. Meja beroda itu dia sepak untuk dijadikan sebagai penghalang.
Cepat-cepat Elina menjarakkan tubuh ke belakang. Kaki dipeluk erat. Dia sedar pakaiannya sedikit terbuka pada bahagian dada segera dia membuntangkan sebelum memandang ke hadapan semula.
"Siapa kau ha?! Pe hal kau dalam bilik aku?! Macam mana kau boleh tahu nama aku ha, jantan?!" Sekali lagi mengaum ke arah lelaki itu.
Ya, lelaki! Kalau perempuan boleh jugak dia tanya baik-baik. Ni dah kalau lain jantina sedap-sedap je tidur sebelah dia, memang nak kena lah!
Nasib baik dia ada belajar taekwondo. Tali pinggang hitam tau! Jangan hingat dia ni lembik sangat!
"Eh, apa baling-baling ni?" soalnya.
"Kau tanya aku pulak? Sepatutnya aku yang tanya kau buat apa dekat sini! Ni bilik aku! Ha, cuba cakap siapa yang gila sebenarnya." Sinis Elina menjawab.
Mahu dia tak meroyan macam ni? Sebaik saja dia menoleh, lelaki itu dengan selamba beruknya tidur di sebelahnya. Tak cukup dengan tu, jari-jemarinya disulam kemas bersama tangan kekar milik lelaki itu.
Lepas tu, tunggu lagi? Kena lah dia dengan tendangan, sepakan, tumbukan..segala 'an' sulung Si Elina.
"Hey! Cukup lah. Saya boleh jelaskan dekat awak. Yang awak nak baling semua barang tu dah kenapa? Tengok ni, habis pecah gelas." rungut lelaki itu.
"Eh, suka hati aku lah! Kau ni, cakap dengan aku macam kita dah kenal lama kan. Padahal aku tak kenal langsung pun kau! Memang patut kau kena halau macam ni! Sekarang kau blah!"
Siapa lelaki ni sebenarnya? Punya lah slumber cakap dengan aku. Acah kenal. Choihhhh! Pigidahhh!
Jantan tak guna! Berani dia.....eiiiii!!! Geramnya subhanallah! Habis tercemar satu badan kena peluk dengan dia!
Rupanya ada muatan besar selama ni dengan dia! Dasar jantan ambil kesempatan! Buaya darat! Kaki perempuan! Ha sambung...
Sedang dia menyumpah lelaki itu di dalam hati, sempat dia meneliti pemakaiannya dari atas ke bawah.
Walaupun rambut kelihatan sedikit serabai, tapi ia langsung tidak mencacatkan rupa parasnya. Lesung pipit yang terserlah pada pipi kirinya menjadikan lelaki itu lebih mencuit hati. Bulu mata panjang, lentik malah lebat itu..menambahkan lagi seri pada wajahnya. Senang cerita, dia lelaki tercantik yang dia pernah jumpa!
Cantik dari dia pulak tu!
Dikenakan pula dengan baju kemeja baby blue yang kolarnya sedikit longgar, lengan baju disenteng ke atas, seluar slack hitam dan kot putih paras lutut.
Hmm..ada rupa jugak mamat ni..
"Aih, kan main lama usha? Kenan le tuu." Terus lamunan Elina terpadam.
Laju Elina menggeleng, mengaburi kata-kata minda. Hello~! Earth to Elina! Jantan ni dalam percubaan nak memperkosakan kau kot! Buat apa kau puji dia melambung sangat!
"Ei, bila masa aku usha kau? Perasan!"
"Eleh, hensem cakap."
Eh, eh! Laki ni! Lebih-lebih pulak! Menyampah aku!
Memang dah kena tangkap tapi tarik balik lah. Sudah lah kaki perempuan, cepat perasan pulak tu. Ha, memang package lah set-set lelaki tak guna yang perlu pupus dari dunia ni.
Buang masa tau! Buang masa puji laki ni! Rupa dah ada tapi perangai nauzubillah... serius sayang!
"Kau ni memang tak tahu malu kan? Ewah, ewah...bukan main sedap kau je tidur sebelah aku ya? Tak semestinya kau tu doktor sekali pun, kau boleh aje ambil kesempatan dekat pesakit kau! Dasar buaya!"
Lama lelaki itu pejam mata. Kemudian, dia mengeluh kecil. Sabar dengan karenah gadis di hadapannya.
"Enough, El. Biar saya jelaskan dulu. Awak jangan tuduh saya macam-macam boleh tak?" lelaki itu bersuara. Kali ini dia menaikkan oktaf.
Terbeliak mata Elina dibuatnya. Wah, wah.. pandai menjawab ya? Sengaja orang gila ini nak naikkan darah dia. Sudah lah api tengah menyala, dia curahkan minyak lagi!
Tanpa ragu, segala mak nenek atas meja, dalam laci, katil..dan jangan cakap lah, kerusi pun dia nak baling sekali.
"Berani kau sebut nama aku! Mana kau tahu ha?!" lantang suara perempuannya menjerit. Tangan tidak berhenti mencampak segala barangan yang dia sentuh.
Kalau itu yang melindunginya daripada sentuhan lelaki itu, dia sanggup baling apa sahaja asalkan lelaki itu tak mendekatinya.
Dia sanggup!
"Elina.."
"Jangan sebut nama aku lah, gila!" jerit Elina lagi.
"Jangan dekat!"
Satu langkah.
"Aku kata jangan dekat!"
Dua langkah.
"Kau langkah lagi sekali, aku bunuh kau!"
"Let me explain. Please, just listen!" Tubuh itu menapak selangkah lagi ke hadapan. Langkah demi langkah, akhirnya dia tiba di sudut penjuru katil.
Garpu yang digenggam kemas di dalam tangan disasar tepat ke arahnya. Mujur lah ada jugak benda alah yang boleh dijadikan senjata. Kalau tak, memang dia smackdown jantan ni dengan tangan dia sendiri!
"Jangan dekat dengan aku! Jangan dekat! Kalau tak, aku jerit!" ugut Elina.
Heh! Ingat dia ni bodoh ke? Tak berkesan cara baling barang, dia guna cara kotor.
Belum sempat lelaki itu mahu membalas ugutan yang keluar dari bibir gadis itu, terus Elina menjerit sekuat hati.
"Tolong!"
"Tolong! Ada orang gila nak culik sa—! Mmmpphh!"
"Syhhhh! Gila ke nak jerit dalam hospital ni?!" soal lelaki itu dalam nada resah.
Persoalanya sekarang ni, siapa yang gila? Dia ni ke laki ni? Ha? Ha?
Huh, ada dia kesah? Takut lah tu kantoi ambil kesempatan dekat patient. Padan muka! Biar dia rasakan!
Janji dia dapat lari daripada orang gila mana entah muncul tiba-tiba ni!
Ngap!
"Arghh!" lelaki itu menyeringai kecil.
Elina senyum menyenget. Puas! Ingat perempuan ni lemah sangat? Gigi kami kuat lah!
"Nurse! Doktor ni gil—! Mmmppphhh!"
Segera Elina menepis laju tangan kekar itu.
"Hoi! Suka hati je kau kan? Gila ke nak pegang anak dara orang? Kau ni waras ke tak ha?!" marahnya.
"Elina, please don't do this to me. Let me explain!"
"Gila! Tepi!"
Dengan tenaga yang masih berbaki dalam diri, lantas dia turun dari katil lalu melangkah keluar dari perut bilik. Ahhh, dia tak nak jadi pak sanggup nak hadap orang gila ni! Baik dia blah!
Muka cun dah tapi perangai..huh! Mengecewakan sungguh!
"Elina!" Dia menekup kedua-dua belah telinga lalu kepala digeleng laju. Ah, dia tak dengar! Dia tak nak dengar!
"El! Elina Aazeen! Come back here!"
Dia melajukan langkah apabila halwa telinganya masih boleh mendengar jeritan milik lelaki itu. Siapa dia nak panggil namanya? Siapa dia?
Ya, itu saja persoalannya.
Siapa dalang orang gila itu? Dan apa yang dia nak? Dasar gila! Otak terlucut skru! Siap panggil nickname lagi, sah-sah dia tu psycho!
Tapi buat masa sekarang, dia tak nak tahu siapa lelaki tu. Biar dia lari jauh dulu baru dia fikir. Buat serabut kepala je!
"Eh? El?"
Sapaan itu menyebabkan langkah Elina mati.

No comments:
Post a Comment