Selama ini, dia tidak pernah benarkan sesiapa pun melukis inai di atas tangannya. Walaupun disuruh dan dipaksa oleh mak beribu-ribu kali, dia tekad menolak. Bukan setakat menolak tapi memberontak! Fikiran lantas mengimbas kembali kenangan lama. Dia punya tidak mahu tu sampai dia sanggup lari ke rumah jiran sebelah. Punya lah nak elak...
Tambah-tambah pula inai pada kuku. Dia cukup tidak suka sama sekali. Katanya kuku dah cantik, buat apa pakai? Hias-hias bagai. Dah lah membazir duit. Nanti kalau dah pudar, lagi buruk jadinya!
Tanpa sedar, bibir yang sedikit mengelupas itu mengoyakkan senyuman. Cukup manis saat-saat itu di dalam minda. Masih segar ke hari ini.
Kepala diangkat perlahan. Sepasang mata redup yang menjadi permata hidupnya itu dipandang lama. Air mata yang bertakung di tubiran ditahan agar tidak pecah mengalir ke pipi.
"Betul ke pilihan aku ni?" soalnya dalam hati. Ya Allah, kau berikanlah keyakinan dan keberanian kepadaku ini.. Kepada hamba-Mu yang lemah. Berikan lah segala kekuatan yang ku cari selama ni...untukku tempuh segala ujian daripada-Mu..
Akhirnya, dia gagal menahan tangisan.
"Elina..." satu suara menyapa.
Lantas air mata diseka.
"Eh? Kenapa nangis ni?"
Kepala digeleng laju besertakan senyuman yang begitu kelihatan terpaksa.
"Takde apa lah...habuk masuk mata je."
"Haih, Elina, Elina...tahu tak alasan tu dah basi? Datang dari zaman mana ni? Kurun ke-18? 19?" sambung suara itu dengan tawa. Cuba untuk menceriakan suasana.
Tapi malangnya, Elina masih sama. Senyap. Nasib kau lah.. lawak kau hambar sangat.. desis hatinya.
"Hey, Elina?"
Sunyi.
"Hey, girl..what's wrong? Please talk to me.."
Semakin dia menyoal, semakin rendah gadis menunduk. Titisan air mata yang jelas lagi bersuluh kelihatan pada baju pengantin yang dipakai gadis itu membuatkan dia tersenyum.
Segera tubuh kecil itu dia dakap. Lama.
"Betul ke pilihan Elina kali ni?" soalnya.
"Elina..."
Semakin lebat tangisan itu didengari pada halwa telinga.
"Betul ke..." soalnya lagi.
Ya Allah, sungguh dia cakap. Dia tidak kuat.

No comments:
Post a Comment