Pages - Menu

Greetings

Assalamualaikum,..

Di sini saya menulis sekadar hobi. Bila ada idea mulalah nak type macam2 pastu merapu haha. Maaf kalau ada tersalah bahasa ataupun typo. Member ni still newbie dalam bidang penulisan :)

MY LUCK IS YOU - RELEASED!!!

ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua...

Saturday, 25 January 2020

Crushku Bukan Milikku - Bab 1


Kringgg!! Kringgg!!!

"ARGHHH!" Tangan panjangnya mencapai jam yang bergetar itu lalu mencampaknya ke lantai. Berderai sudah jam yang ke-36 nya.

Innalillah duhai jam. Semoga anda tenang di sana. Arwah dulu berguna barangnya.

Dengan malas badan diangkat untuk bangun. Comforter tebal yang membaluti badan ditoalk kasar.

Tu la kau Shereen. Semalam layan sangat K-drama kau tu. Sampai pukul dua pagi baru nak tidur. Kan dah mengantuk!

Badan diregangkan sedikit kemudian telefon berjenama IPhone 189XXS Extra Max KebaBOOM yang terletak di sebelah katilnya diambil. Nak beli? Sila contact Cik C yang masih bergiat aktif dalam perniagaan ciplak beliau. Telefon yang dijual dipercayai boleh meletup sekiranya tidak digunakan dengan baik. Telefon beliau juga- haa! Dah ar malas cakap, kang Dateen Suri Diva a.k.a mak kepada Cik C saman.

"Baru pukul 8.20 pagi ke? Awal lagi...eh jap! Wait! What!! 8.20 pagi?! Kelas start pukul 9.15 pagi kut! Subuh kemana, kuliah kemana? Punah weh punah! Asal diorang tak kejut aku?!"

Dia yang tak sedar orang kejut pastu tuduh orang tak kejut. Paria sungguh. Tak apa kau.. esok pagi pukul lima aku goncang katil kau biar runtuh! Alih-alih aku flip terus.

Tuala yang disangkut di tempat penyidai dicapai dengan segera lalu terus dia berlari untuk menyiapkan diri.

Shereen mengambil masa hampir 30 minit untuk bersiap ala kadar.

"Okay! Done and simple~" Penampilan dititik sekali lalu. Cukup dia hanya mengenakan baju kurung bercorak bunga yang dipadankan dengan tudung bawal berwarna biru muda.

Well..walaupun dan lambat, penampilan diri tu tetap perlu dijaga. Siapa je yang tak kenal NurShereen Nydia binti Shahril yang memang terkenal dengan rupa paras yang cantik lagikan ayu ni. Mohon mangkat.

Katil yang berselerak dikemas sebelum keluar. Done!

Beg galas diambil lantas kaki melangkah keluar.

"Woi Reen." satu suara yang menyapanya dari belakang membuatkan langkahnya mati.

"Eh, Kecik! Morning! See ya!" Tangan dilambai laju sebelum melangkah menuruni tangga.

Satu langkah...

Dua langkah...

Tiga langkah...

"Astagfirullahalazim!"

"Kau pahal?" Aliecia yang sejak tadi menjadi pemerhati Shereen memandang pelik.

"Aku lupa harini kelas cancel!"

Aliecia Kayra, gadis berhidung mancung (not made from plastic surgery) ialah salah seorang daripada roommate Shereen. Rupa parasnya tanpa make up saja sudah memadai untuk memikat ramai lelaki ditambah pula dia mempunyai ketinggian yang diingini semua gadis. Lmao bangga cikit.

"Dasar nyanyok!!!" Aliecia melangkah menuruni anak tangga diikuti Shereen. Tujuan utama? Dapur!

"Morning girls!" Aliecia memecah kesunyian pagi.

Girls? Yup. Girls. Rumah yang mereka berdua duduki sekerang dikongsi bersama empat orang gadis ayu kalah DSV Muah Muah tu. Sila abaikan pengelian di situ.

"Morning my sweetheart.." Qalish, gadis yang 20% kata-katanya entah apa, 20% keling macam bangla dan selebihnya bijak dan peramah menyambut Aliecia dengan satu pelukan mesra.

Please, ini bukan LGBTQ genre. Mohon take noted sebelum report bukan-bukan.

"Weh, korang! Ada nampak tak tudung pink aku?" Adel laju menapak turun.

Nur Adelina Adelia, atau lebih digelar sebagai Adel. Gadis peramah, perasan tahap gaban, periang dan segala jenis 'per' tu dia lah. Dan tak lupa juga pelahap. Set-set budak law abad ni.

"Tudung kau ke? Aku dah buang dalam tong kitar semula doh." jawab Isya tanpa rasa bersalah.

Aiesha Haura atau lebih senang dipanggil Isya ialah yang paling tua di antara semua tapi bukan yang paling matang. Sudah lah pendek, sembang je lebih.

"What?! Weh tu tudung duck limited edition untuk raya tahun ni kot!" Adel berjalan laju ke arah Isya. Lengan baju disinting paras siku.

"Mana lah aku tahu tu tudung itik kau, heh itik." sindir Isya, masih dengan riak selamba.

"Do you even know how much that tudung 'itik' yang kau buang tu costed? RM2000 tau! Kau ade?!"
Adel menghentak kaki kuat.

"Girls, pelase stop." Shaffa, yang paling matang di antara semua mula bersuara. Bercakap bila perlu saja. Mungkin dia sudah mula serabut dengan keadaan sekelilingnya. Tiap-tiap pagi macam ni. Nanti jangan tanya kenapa dia sendiri yang daftar diri kat hospital gila.

Shereen, Aliecia, Adel, Shaffa, Qalish, dan Aiesha. Diorang tinggal sekali dalam satu rumah yang sudah cukup besar untuk mereka berenam tinggal dengan selesa. Well, you guys can say that memang terlebih selesa.

Daripada merempat kan?

Rumah dua tingkat yang dilengkapi lima bilik tidur dan enam bilik air. Setiap bilik mempunyai satu bilik air sendiri dan bilik air tambahan di tingkat dua. Pengayaan rumah 100% direka sendiri oleh mereka ala-ala english style.

Standard lah. Bajet pelajar-pelajar universiti kan? Yuran universiti dalam tujuh angka gitu. Biasa lah anak orang berada. Masuk pula universiti swasta acah berlagak, buat stai *flip katak*.

"Guys, Auntie Safiyya tanya if you guys are free or not this week?" Qalish menggoyang-goyangkan Semsong Note 36 miliknya yang limited edition dan hanya boleh didapati di Kedai Bang Jib. Hesteg support Bang Jib dan Kak Mah ye guys. Al-maklum business tak laku.

"Macam lah orang boleh baca kalau kau duk goyang-goyang macam tu." Adel menjeling. Ha tudia, Adel ni mulut dia boleh tahan juga. Set-set budak law katakan. Sekali dia cakap, mati keras orang dalam court tu.

"Why?" Shereen yang sedang mengunyah 10 biji jeli sekali gus bertanya. Adel dan Isya juga sudah berhenti bergaduh.

"Kalau free, jom gerak gi Langkawi now? She invites us to go to her birthday event! Girls..holiday time!"

"Oo ouh. Why not kan?" Aliecia mengangkat bahu tanda tidak kisah.

"So, what are you guys waiting for? Let's go! Pack your things now!" Adel berlari laju ke tingkat atas menuju ke bilik diikuti yang lain.

Hal tudung yang digaduhkan tadi dilupakan begitu saja..

Untung lah kaya hmm...aku nak pi supermarket pun payah. Hesteg pray for me. -Author-


⧓ ⧓ ⧓


"WAHAI makhluk durjana ciptaan Tuhan sekalian. Bangun lah anda sebelum aku rejam hampa dalam jamban yang tak flush tu." Comforter tebal milik rakan-rakannya ditarik.

"Tak nak bangun eh? Okay, fine! Get ready, k. Get ready. Nazheef, come here!"

"Kompang dipaluuuuu, pengantin baruuuuu! Ewah!!!" Nazheef yang lengkap memakai apron sambil memegang kuali berwarna pink di tangan muncul dari dapur.

Kepuk! Kepuk! Kepuk! Kepuk! Kepukkk!!

Sebiji-sebiji kepala enam orang jejaka idaman para gadis dilepuk dengan kuali mak Hadriez yang dicuri minggu lepas. Shhh! Diam sudah!

Jangan ditanya sebab apa dia curi. Lelaki kan? Kompem pokai bila nak bila benda-benda alah tu. Please eh jangan tanya sebab apa pokai. Pergi tandas awam pun kena bawa keluar duit tau.

"Sa...kit hanat!" Hadriez menekan kepalanya yang terasa benjol sebelah.

Mohd Hadriez Hayqal, jejaka pujaan gadis-gadis mengada yang gedik tak tentu hala. Indah dari segi rupa dan nama tapi innalillah bila disebut tentang perangai. Partner acah gay Si Imier.

Acah eh acah. Bukan real.

"My beautiful nose!" Imier mengusap hidung mancungnya yang sudah terasa senget sebelah. Overnya Ya Tuhanku.

Ni pula Imier. Yang maha panas baran, emo, paling pelik dan unik. Peminat setia unicorn. Partner acah gay Hadriez.

"Ada orang sentuh rambut aku ke tadi? Weh monyet, kau tepi. Kacau je." Shah menggaru ketiaknya sebelum kembali menyambung tidurnya yang terganggu.

Shah Eidlan, nak pendek panggil Shah. Muka comel, baik, dan nampak innocent. Tapi jangan terpedaya. Dia boleh dikategorikan as a 'bad nerd'.

Mikael, satu-satunya manusia yang bangun. Kaki dihayun entah ke mana membuatkan Adrian memandang pelik.

"Mika..kau nak pergi mana?"

"Solat subuh lah, azan dah kan?" Dalam keadaan separuh sedar Mikael meneruskan langkahnya.

"Tengku Mikael...Hang sedaq dak hang terlepaih subuh? Nih, nih aku tanya. Sedaq ke dak?" Ha tudia guys...keluar dah ayat Kedah dia. Dicapai senduk ditangak Nazheef lalu diketuk-ketuk di lantai.

Langkahnya mati. Kejung, terkesima, terpaku.

"Tidaaaaaaaaaakkkkkk!!" jerit Mikael tanpa mengeluarkan suara. Aku dah berdosa!

Gagak berlalu, cengkerik berbunyi...

"Hang dah berdosa..Masya Allah," Adrian menggeleng perlahan. Nazheef turut menggeleng.

Kepukk!

Sekali lagi Nazheef mengetuk kepala Shah.

Nazheef, lelaki yang sangat alim dan warak. Nak cakap dengan perempuan sekurang-kurangnya kena jarak dua meter. Peminat tegar My Little Pony dan suka buat bunyi-bunyi pelik ketika dia sedang keseorangan. Girls, nak cari suami sila cari yang macam ni. Senang nanti tak gaduh sebab laki bini cari lain. Hmm..

"Guys, wake up! Flight pukul dua, lambat tinggal." Adrian bangun lalu beredar. Sempat lagi dia menyusun sofa yang sedikit senget.

And this is Adrian. Dia lah yang menjaga segala kebajikan, kesihatan, kebersihan, dan segala jenis 'ke' dekat anak-anak dia a.k.a member-member dia. Kira macam mak lah dia ni. Tiada Adrian, memang mati keras diorang ni.

"The ticket counter woman called... She said that our flight will delay until five. There's a flying pig attack." Nayyan menjawab sambil mata dipejam.

Muhammad Nayyan, yang paling cakap banyak pastu suka cakap benda mengarut dan keling. And deret speaking omputih. Maju katanya...

"Kepala monyet mu ada flying pig. Itu semua dusta!" Hadriez yang baru saja hendak bangun secara tidak sengaja tersiku perut Afiq.

"Arghhh child abuse! Child abuse!!" Afiq terpekak terlolong sendirian.

And lastly, Afiq. Nampak macho tapi diva. Bukan lah diva macam Sajat or Rosmah tapi 'divannoying' yang boleh buatkan someone tu hilang sabor dan tampor kepala dia.

Adrian hanya menggeleng memandang rakan-rakannya yang lain. Tirai hitam yang menutupi seluruh bilik diselak sepenuhnya membuatkan yang lain mengeluh.

"Aku ada alahan dengan cahaya matahari lah woi!" Imier menghentak-hentak kakinya di katil.

"Bangun!" Adrian meninggikan oktaf suaranya. Habis berterabur mereka lari sampai ada yang jatuh dari katil. Adrian kalau dah marah tak boleh bincang!












No comments:

Post a Comment

In case you forgot

Has a cat got your tongue? Don't forget to comment! Maaf kalau ada kesilapan bahasa atau typo. Budak ni masih newbie ~~