Greetings
Assalamualaikum,..
Di sini saya menulis sekadar hobi. Bila ada idea mulalah nak type macam2 pastu merapu haha. Maaf kalau ada tersalah bahasa ataupun typo. Member ni still newbie dalam bidang penulisan :)
MY LUCK IS YOU - RELEASED!!!
ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua...
Monday, 18 May 2020
Sunday, 22 March 2020
My Luck is You! - Sinopsis
ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua sama rata. Tapi semua itu dusta bagi Elina.
Dia cuma nak merasakan hidup ada tuah. Nasib baik. Dengan cara itu, dia tak perlu lagi hidup hanya berdepankan nasib malang. Ada saja yang tak kena. Ada saja yang bermasalah. Dia serik! Namun, perjalanan hidupnya tidak terhenti di situ.
Kejadian suatu pagi yang cukup mengerikan itu langsung mengubah kehidupan Elina sebanyak 360 darjah. Apa kau rasa bila ada lelaki yang kau tak kenal tiba-tiba tidur sebelah kau siap pegang tangan lagi? Nasib masih ada benang je dekat badan kalau tak, memang arwah dah!
"Aku tanya kau soalan aku jawab lah! Kau ni siapa?!" - Elina Aazeen
Tiga huruf. Impak tiga huruf tu saja, semuanya hancur luluh. Yang paling menyakitkan lagi saraf-saraf otak dia nak memproses...lelaki tu siap mengaku suami!
"Menjahit baju menggunakan benang, mari lah makan dengan abang, sayang.." - ?
"Dua tiga hantu penanggal, sila meninggal!" - Elina Aazeen
Apa lah salah dia buat? Percaya lah, dah bermacam-macam idea, strategi, plan.. dia cuba lakukan untuk dia mengelak dari lelaki itu tapi malangnya, diri dia bagaikan diikat dengan sumpahan "di mana ada Elina, di situ ada dia".
"No matter how far you go, I'll always find you and always there to protect you." - ?
Ha, nampak tak malang di situ? Ya Allah! Ngeri dia tak boleh nak bawak bincang!
Pada mulanya, sudah pasti huru-hara. Permulaan kenalan mereka langsung tiada sinar. Malah, apa yang dia nak cuma satu je. Ya, satu tindakan yang dia cukup nak elak selama dia hidup atas muka bumi luas ni. Cerai!
Tetapi setiap tindakan mereka bagaikan deja vu. Sedikit demi sedikit, ia seperti mengimbas kembali masa silam dan...perkara sebenar mula terbongkar.
"If you fight, I fight. If you jump, I jump. If you die, I'll die with you." - Huzair
Berjayakah Elina mengetahui rahsia sebenar di sebalik kejadian yang berlaku dan menemui 'tuah' yang dicari? Dan siapa Huzair dalam hidup Elina?
Tuesday, 10 March 2020
My Luck is You! - Bab 4
LANGSIR diselak ke kiri dan kanan untuk membenarkan sinaran cahaya matahari menembusi dari luar. Comforter nipis itu dilipat kemudian disusun bersama sebiji bantal kembali pada tempat asal.
Jam dinding dikeling sekilas. Pukul 10.00 pagi. Keluhan dihembus panjang. Senyuman lega terbit di bibir.
"Zaki?" Soalan itu sekelip mata meredakan senyuman Elina. Nampak tak level dia benci lelaki itu macam mana? Naik berang hati dia dengar panggilan tu.
Walaupun baru dua kali je dengar.
Mujurlah hari ni sudah tiba hari dia boleh keluar wad. Dia terhutang budi lagi dengan Adeera kerana sanggup datang disebabkan dia nak mengelak dari jumpa lelaki itu. Tak sanggup dia nak duduk sini lama-lama. Hadap nurse tu boleh tahan lagi, kat sini semua nurse cun-cun gila.
Haih, apa kau ni El? Ingat, kau tu perempuan jugak! Bukan spesis tak dikenal pasti! Jangan dok try buat bukan-bukan pulak! desis hatinya.
Yang dia tak boleh tahan tu hadap muka seposen yang tak ada rasa bersalah mamat tu ha!
"Iyelah. Z....z...z-za....zak..."
"Zaki lah mangkuk." sergah Adeera. Amboi..sampai macam tu sekali. Humban masuk tadika balik belajar a b c baru tau! Nak sebut pun payah!
"Ha! Ya, ya. Whatever lah! Kau pernah dengar tak?"
Elina memandang wajah Adeera yang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Namun, gadis itu hanya membalas renungan Elina dengan gelengan.
"Hmm.. Setahu aku lah, aku takde kawan nama Zaki. Apatah lagi kau. Tapi kau sendiri aku tak tahu lah. Kau sendiri cakap kau takde kawan rapat laki kecuali bos kau tu ha," kata Adeera yakin.
Adeera sendiri tahu bahawa Elina memang tak cukup suka berkawan dengan lelaki apatah lagi yang tak kenal. Paling koman pun, dia ada jugak rapat dengan bos cengey kita sorang tu dekat kedai.
Kawan mana je yang tak kenal perangai kawan baik sendiri?
Ahh! Tapi tu bukan persoalannya sekarang! Yang penting ni...
Biar betik...Elina dah kahwin?! Apehal dia tak pernah tahu pun sebelum ni? Pandai eh satu-satunya kawan baik dia yang memang jenis anti-lelaki ni berahsia tentang hubungan scandal dia!
Tak boleh jadi ni! Kena korek, kena korek.
"Tapi an..tak caya ah aku kau dah kawen rupanya! Asal kau tak bagitahu aku ha? Sampai hati kau senyap je dari aku eh!" Adeera mencebik rajuk. Kepala dipaling ke arah lain menayang reaksi 'tak nak kawan'.
Elina mencebik lama. Kah kah, takde masanya dia nak berahsia-rahsia. Dia sendiri pun tak tahu apa jadi. Bangun je dah kena serang dengan pengakuan 'saya suami awak' daripada mamat yang datang dari celah mana entah.
"Kepala hangguk kau! Kau ingat aku nak ke mamat sengal tu? Aku kenal dia pun tak!"
Terus sengihan Adeera terpancul. Sempat dia menyiku lengan Elina. Hek eleh, tak nak mengaku pulak sorang ni!
"Aih, kau ni main-main pulak. Lepastu, yang doktor tu bukan main cakap 'isteri' dia tengah rehat lah, tidur lah sebelum ni. Kau nak kata semua tu pun tipu jugak lah?" soal Adeera.
Mana dia tak syak apa-apa? Dia juga ada datang untuk lawat Elina. Ada hari dia bersama Daniel, bos kedai Pizza Hat yang mereka berdua bekerja. Katanya, seorang bos yang prihatin mesti lah jenguk anak-anak buah dia sakit.
Choihh! Sembang je lebih. Cakap lah nak menunjuk kata dah naik pangkat...
Tapi disebabkan doktor a.k.a Dr. Zaki a.k.a unknown-husband Elina tahan dia, dia terpaksa akur. Kata doktor itu, macam yang dikatakan tu lah. 'Isteri saya tengah rehat', 'isteri saya tengah tidur',..macam-macam lah!
Nak kata protective, nampak gaya macam ya lah tapi takkan kawan sendiri nak tengok pun tak boleh kan? Reaksi pertama confirm lah terkejut besar. Entah mananya datang lelaki ni yang berani mengaku suami Elina. Tapi selepas dia tanya apa hubungan lelaki itu dengan kawan baiknya, baru dia tahu.
Tapi kali ni, lain pulak yang keuar dari bibir si isteri. Yang mana satu betul, yang mana satu salah dia pun tak tahu. Dia pun dah jadi blank!
Elina megeluh kuat. Haih, berapa kali dia nak cakap ni?! Dunia ni yang dah terbalik ke semua orang dah jadi loco sekarang ni?
Dia melabuhkan punggung di katil sebelum dia mula bicara.
"Apa kau merepek ni ha? Mesti lah semua tu tipu! Kalau kau nak tahu, aku memang tak kenal langsung pun mamat tu! Dia yang tiba-tiba muncul lepastu pandai-pandai mengaku laki aku. Mana aku tak bengang sekarang ni?" jelas Elina.
"And kau tahu tak? Bila aku cakap laki tu cuba nak buat honaq dekat aku, umi dengan angah macam tak kesah langsung. Diorang macam biar je benda tu berlalu dan yang paling buat aku sakit hati, diorang bela mamat tu dari darah daging sendiri!" sambungnya.
Sebenarnya nak saja dia cakap dan luah benda dekat umi. Sebelum ni, umi lah tempat dia dapat luahkan segala masalah yang dia hadapi. Kini, demi menjaga hati umi dan tak mahu menimbulkan pergaduhan besar antara anak-beranak, dia memilih untuk membiarkan saja perkara itu berlalu.
Paling senang, dia pendam saja selama seminggu ni.
"Kau dah report angah kau dengan umi kau?" Elina terawa sinis. Report? Dari mula lagi dia dah report tapi dua-dua macam langsung tak membantu!
"Dah.."
"Then?"
"Kan aku dah cakap tak berkesan pun." Adeera mengeluh. Haih, macam mana ni? Mungkin betul apa Elina cakap. Cara dia pun nampak sangat memang tak kenal langsung lelaki bernama Zaki.
"Polis?"
Kali ni, bibir tak mampu nak bersuara. Bukan dia tak terfikir nak report polis je terus tapi dia langsung tak ada bukti kukuh. Kang nanti kena cop buat tuduh sebarangan pulak dia yang malu sendiri!
Krikk..
Belum sempat Elina mahu menjawab soalan, daun pintu terkuak. Mereka berdua serentak memaling ke arah tubuh yang memasuki perut bilik wad.
Elina jegilkan mata. Haih tak habis-habis potong line betul!
✦ ✦ ✦
"ALAAAH! Pe hal pulak aku kena ikut kau?! Gila lah kau ni! Aku boleh balik sendiri!"
"Tapi angah awak tak benarkan awak balik sendiri."
"Tu angah aku yang cakap. Bukan aku yang cakap. Aku cakap aku boleh balik sendiri dan aku tetap nak balik sendiri. Anta faham?"
"Ana faham tapi ana tetap kena bawak anta balik dengan ana."
Haa sudah! Dia main loyar buruk pulak mamat ni! Mampuih woi!
Adeera yang sejak tadi hanya jadi pemerhati pertelingkahan antara 'suami isteri' ini, hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia tunggul dekat tengah-tengah ni.
"Kau ni tak faham bahasa melayu eh? Ke kau buat-buat tak faham depan aku? Aku boleh naik teksi sendiri dan bayar tambang sendiri. Ingat aku takde duit? Aku tak perlukan bantuan kau!"
"Err..maaf mencelah tapi Elina boleh tumpang saya, encik. Elina tak perlu naik teksi. Saya ada kereta sendiri jadi encik tak perlu risau, eh?" celah Adeera lembut. Dia bukan tak percayakan lelaki ini cuma dia rasa lebih baik Elina ikut dia saja. Kawan yang lebih dikenali kan?
Elina mengangguk laju sebelum dia memagut lengan Adeera. Thanks, Deera! Thank you thank you thank you! I owe you one!
Zaki hanya mengukirkan senyuman. Dia memalingkan tubuh menghadap Adeera sebentar.
"What's your name, miss?" soal Zaki.
"Saya?" Adeera menunding jari ke arahnya. Lelaki itu mengangguk.
"Adeera."
"Well, Miss Adeera. It's very nice of you for wanting to help my wife but I have to take her home. I must. This is her brother's favor to me. Don't you think it's bad when you break someone's promise? And if anything happens to her, I don't think I can't forgive myself."
"So, if you don't mind, please let me take her home. Safely." Adeera terpegun. Kaku. Terasa bahang pada kedua-dua belah pipi. Habis hilang semua kata-kata untuk menolak pelawaan Zaki menghantar Elina pulang.
Aduhai, apesal yang gentlemen sangat lelaki niiii? Lelaki macam ni Elina kata lelaki tak guna?
Haih, tak tahu lah apa yang kureng sangat dekat mata Elina. Apa lagi yang kau nak? Kind-hearted? Charming? Good looking? Tinggi? Sweet talker? Kerja meletop?
Ha! Depan mata ni pun dah cukup y'alls!!!
"Hahahaha! Kau ingat dengan ayat manis basi kau tu boleh memperdayakan kawan aku ni ke? Kau silap! Dah cukup! Jom Deera! Aku nak ba—" Belum sempat ayat Elina habis, dia terasa lengannya dicuit. Dia paling ke arah Adeera.
"Kau pe hal?"
"Sini jap."
"Laaa! Pe kes pulak kau ni? Jom balik!" Adeera menarik tangannya kuat tanda protes. Elina mengeluh bebal. Haih banyak pulak songeh minah sorang ni! Dah lah hati tengah panas ni!
Segera dia merendahkan kepala. Menadahkan telinga ke bibir Adeera.
"Kalau macam ni kau tak nak jadikan suami, aku nak register siap-siap jadi bini dia!" bisik Adeera separuh teruja. Ish tak leh tengok sebelah mata je kalau lelaki macam ni!
Membulat mata Elina dibuatnya. Gila ke apa kawan dia ni? Aduhh!
"Pe hal kau ni? Aku nak balik lah. Jom!"
"Pe hal kau cakap? Kau ni buta ke El? Package kot mamat ni! Bertuah betul kau!"
"Eii! Merepek lah kau ni!"
"Err....girls?" potong Zaki. Amboi, berbisik dua orang sampaikan kita dekat sini pun dah lupa ya? Seronoknya duduk dalam dunia diorang..
Lantas Adeera menolak kepala Elina dari wajahnya sebelum dia senyum sumbing.
"Oh, hehehe. Sorry, mister. My bad for stoping you. I trust you to let her in your care. You can take her home." ujar Adeera lembut. Lantas Elina memaling ke arahnya. Dahinya sedikit berkerut menandakan 'apa kau nak buat ni?!'.
Mata dikerdip sebagai jawapan kepada Elina. Kau wait and see je lah!
"Really? You trust me?" soal Zaki sedikit teruja. Matanya membesar memandang Adeera. Sinar yang jelas pada mata lelaki itu membuatkan Adeera tahu lelaki itu ikhlas.
"Yes. But you have to do what you asked for. Jangan ambil kesempatan pulak."
"You have my word. Thank you so much, Miss Adeera. Elina?"
Terus kepala menggeleng laju. Wajah Adeera dipandang lama merayukan pertolongan. Tapi malangnya, Adeera hanya senyum.
Tubuh Elina ditolak perlahan sehingga terkena tubuh sasa itu. Sebelum dia berlalu mengikuti jejak Zaki, Elina sempat memaling ke belakang dan membaca gerak bibir Adeera.
"Ganbatte!"
Ahhhhh! Apa dah jadi ni?! Rasa macam nak menangis, meraung, meroyan. Semua ada!
I hate you! I hate you, Adeera!
✦ ✦ ✦
SEPANJANG perjalanan pulang, Elina hanya memilih untuk diam. Begitu juga Zaki.
Lepas apa yang berlaku tadi? Memang tak lah dia nak buka perbualan! Dengan lelaki ini, semuanya hancur! Semunya tunggang terbalik! Yang paling bengang tu, semua nak disebelahkan dia!
Nak kata dia bertuah, memang bertuah sangat-sangat! Dia pula apa? Malang? Ha elok lah tu. Sesuai dengan keadaan dia sekarang. Sangat lah malang!
Mula-mula Angah. Lepastu, umi. Kali ni, Adeera pulak! Kawan baik dia sendiri sebelahkan lelaki yang baru kenal selama 30 minit! Aku percayakan kau, Deera! Macam ni kau balas dekat aku? Siap kau bila aku jumpa kau nanti! marah hati Elina.
Handbreak ditarik setelah kereta sudah selamat diparkir. Zaki memandang ke kiri, renung wajah putih Elina yang sejak tadi hanya memandang ke luar tingkap kereta. Entah apa yang menarik sangat dekat luar tu dia pun tak tahu.
Lebih baik tengok muka dia yang hensem lagikan macho ni. Dapat cuci mata ya, dapat pahala pun ya.
"El?" panggil Zaki. Seperti yang dia agak, langsung tiada sahutan daripada gadis itu.
"El?"
Diam.
"Elina?" Diam lagi. Zaki mengeluh perlahan. Sabar, Zaki. Selagi kau boleh sabar, kau sabar.
"Eli—"
"Kau jangan harap kau still akan hidup lepas kau sebut nama aku lagi."
Erkkk! Amik kau, Zaki. Kan dah kena! desis hati Zaki.
"Saya cuma nak—"
"Saya cuma, saya cuma! Cukup lah dengan lakonan kau tu! Kau dah sentuh aku, apa lagi yang kau nak? Duit? Mustahil. Kau dah kaya, duit dah macam air terjun dah jatuh kat kau. Apa lagi yang kau nak? Perempuan? Aku rasa ramai kot yang beratur nak kat kau. Ha apa lagi yang tak cukup? Kau cakap dengan aku!" hambur Elina hilang sabar.
Haih, nak aje dia sepak muka bajet hensem ni dengan penendang sulung dia. Tapi disebabkan muka jambu dia ni nampak macam anak mak, terpaksa dia bantutkan niat tersebut. Takut nanti menangis tepi bahu mak pastu mengadu pulak.
Ha..lagi naya.
Gulp. Zaki mengusap belakang leher. Dia belum mula apa-apa lagi, gadis ini sudah tuduh dia macam-macam.
Fuh, nampaknya teori twitter sangat berguna ya. Hipotesis diterima. Perempuan punya overthinking ni memang another level betul lah.
"Okey..tapi sebelum tu, saya cuma nak cakap kita dah sampai dekat depan rumah ni ha."
Terus air mukanya berubah tenang. Dia kemudian melilau ke sekeliling ke luar kereta. Kelihatan seperti perumahan. Kenapa dia langsung tak perasan? Sibuk sangat memaki hamun Si Zaki ni sampai tak sedar dah apa yang berlaku.
Bahang mula terasa di bahagian pipi. Aduh, tak pasal-pasal kena balik!
"Apesal kau tak cakap awal?!"
"Saya memang nak cakap tapi dah awak asyik cantas aje. Macam mana saya nak cakap?"
Elina tarik muka. Okey, okey! Salah dia! Salah dia! Puas?!
Cepat-cepat daun pintu dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta. Anak mata mengimbas sekeliling kawasan rumah. Aik, asal lain macam je ni rupa dia?
Sejak bila rumah umi ada air pancut? Setahu dia, umi tak nak sebab kos dia tinggi. Dia memaling ke belakang. Uish, gate automatik pun ada jugak? Sejak bila Angah rajin pulak nak pasang benda alah ni? Bukan mahal ke?
"Err...oi, laki!"
"Ha?" Zaki menyahut. Tetapi lebih kepada menyoal.
Mata dijegil. Buat bodoh pulak mamat ni! "Aku rasa kau ni dah sesat agaknya."
Zaki kerut dahi. Sesat?
"Apa yang awak mengarut ni? Kita tak sesat lah."
"Ini bukan rumah umi saya. Jadi saya seratus peratus mengatakan awak dah sesat dan salah perumahan." jelas Elina. Nampak ketara sangat ini bukan rumah umi.
Zaki tergelak kecil. Pintu kereta belakang ditutup seraya beg galas hitam milik Elina dan juga begnya dibawa keluar. Dia melangkah perlahan sehingga dia berhenti betul-betul di hadapan tubuh kecil itu. Elina pula satu langkah ke belakang.
Dah kenapa mamat ni tiba-tiba nak dekat dengan orang?
Zaki memandang Elina yang sudah menunjukkan wajah hairan. Spontan dia mengukirkan senyuman sebelum dia mula buka mulut.
"Elina...Elina. Saya memang seratus peratus mengatakan bahawa saya tak sesat. Memang lah ini bukan rumah umi awak tapi sekarang ni kita di..."
Zaki berhenti separuh ayat. Sengaja dia mahu lihat reaksi Elina.
"Di?" soal Elina yang bernada lebih ingin tahu.
"...kita di rumah saya."
Sunday, 8 March 2020
My Luck is You! - Bab 3
"THANK you, nurse. You may leave," kata lelaki itu sebelum dia mengukir senyuman.
Elina sudah mencebik masam. Ei, speaking konon! Tadi masa gaduh dengan dia pun nak berspeaking-speaking jugak. Hingat ni negara omputih ke?
Ini Malaysia lah! Kau masih dalam Malaysia, tolong cakap bahasa Melayu. Jangan nak jadi racist sangat dengan bahasa sendiri!
Dia mengalih pandangan ke arah lain. Tak kuasa dia nak tengok muka seposen mamat tu. Dah lah suka hati je peluk orang, ada hati nak berbaik?
Huh! In your ridiculous dreams lah!
"Angah, cuba angah tanya dia apa dia dah buat dekat El. Dan cuba angah bagitahu siapa dia ni sebenarnya." Keras suara dia mengarahkan abang kandungnya tanpa memandang.
Niat bukan nak kurang ajar dengan abang sendiri tapi situasi ni memang dah mencabar kesabaran dia!
Apa kena mengena lelaki itu dengan keluarganya? Apa hubungan dia orang? Kenapa dia macam tak tahu langsung tentang ni?
Ingat boleh lah minta tolong umi dengan Angah lepas dia terserempak dengan mereka sebentar tadi. Baru saja ingat peluang nak larikan diri. Tapi..
Lain pula jadinya.
360 darjah pulak tu lainnya!
Yang dia lagi hairan, umi siap tanya khabar lagi pada lelaki entah dari mana datang, dia pun langsung tak kenal. Angah pula sapanya dengan begitu mesra. Lagi lah dia bengang!
Bangun, bangun. Tup, tup dia sudah ada di sebelah. Mana orang tak terkejut beruk waktu tu?
Makin dia menunggu akan jawapan yang bakal keluar dari bibir Angah, makin hilang sabar dia jadinya.
Rambut diramas kasar sebelum keluhan dilepaskan kuat. Ya Allah, cuba lah bagi dia penjelasan yang straight to the point? Tak payah sembunyi-sembunyi?
Dia penat lah! Tau penat?!
"Kenapa angah diam pulak ni? Jawab lah soalan El! Siapa jantan yang suka hati peluk El ni?! Susah sangat ke—"
"Cukup El! Umi penat dengar El terjerit-jerit ni. Dah lah El pun tak berapa nak sihat walafiat lagi. Kepala dan kaki masih berbalut. Tu pun tadi degil jugak nak lari. Lari dari apa umi pun tak boleh nak agak sampai sekarang. Cuba El bawak bertenang, kita bincang elok-elok? El jerit-jerit ni sampai bila pun benda takkan selesai." Kali ni, umi mencelah dalam nada tegas. Haih, penat dia nak slow downkan anak perempuannya seorang ini.
Betul lah kan orang cakap, jaga seorang anak perempuan lebih susah berbanding jaga 10 ekor serigala.
Eh, betul ke peribahasa ni? Bukan jaga sekandang lembu ke? Main melantak je!
Bukannya hati seorang ibu ni tak tahu perasaan gadis itu bagaimana rupa sekarang. Confirm lah sedang berapi lagikan membara!
Tapi apakan daya.. selepas dia mendengar Elina telah kemalangan, hatinya terasa bagai berhenti berdegup. Hampir saja dia nak pitam, nasib baik Angah ada waktu tu.
Syukur lah, Elina masih lagi dipinjamkan nyawa buat kali kedua. Tapi bila anak ini membuka mata, Allah SWT sudah berikan satu ujian yang lagi besar untuk lelaki yang 'tak dikenali' itu pula.
Iya lah...kita mampu merancang tapi Dia yang menentukan.
Angah diam. Langsung tidak menjawab persoalan adik perempuannya. Otak ligat menyusun sepatah demi sepatah perkataan dan memikirkan cara penjelasan terbaik untuk diceritakan kepada Elina. Parah ni parah!
Haih, punya lah dia ingat mudah nak handle situasi ni tapi rupa-rupanya rumit yang amat!
"Hahaha..." Tiba-tiba Elina menghambur tawa. Sinis.
Ya Allah, kenapa susah sangat nak berterus terang? Dia tanya soalan simple je kot tapi umi dan Angah membuatkan benda itu menjadi lebih rumit lagi.
"Kenapa dengan umi ni? Angah? Ke dunia ni yang dah terbalik? Boleh je umi tengok anak umi ni kena gomoi dengan orang tak kenal? Macam tu?"
"Elina! Apa cakap macam tu? Tolong bawak mengucap!"
"Dah tu pe hal diam je bila El tanya?!"
Jawab je lah soalan dia tu, bukannya soalan KBAT pun!
Dia kalih memandang Angah yang hanya tunduk.
Mana Angah yang selalu lindungi dia bila dia dalam kesusahan? Mana umi yang sentiasa memberi sokongan walaupun pada saat genting?
Mana? Mana?!
Selepas dia melunaskan geram, Elina kembali tersenyum. Susah sangat kan nak jawab? Biar dia je tanya sendiri!
Dia toleh ke arah lelaki itu.
"Dah memandangkan semua tak nak bukak mulut, aku terpaksa tanya tuan badan sendiri. Cuba bagitahu aku sapa kau ni sebenarnya dan pe hal kau peluk macam aku ni bercop halal?" sinis saja soalannya.
Ahhh! Takde ah nak tanya baik-baik! Kita tanya cara elok, orang tak nak jawab buat apa dia nak berlembut pulak kali ni?
Lagi-lagi dengan lelaki gila ni. Huh, kirim salam je lah!
Diam.
Elina bengang. Ahh! Pergi mampus lah adab tak kena pun!
"Aku tanya kau soalan kau jawab lah! Kau siapa bangsa—"
"Saya suami awak."
✦ ✦ ✦
"PFFTT! BHAHAHAHA!" Kuat Elina menglepaskan tawa.
Uish, lawak apa ni?! Sakit perut dia gelak! Sekarang ni, memang dia rasa nak gelak. Serius!
"Kau buat lawak apa ni ha? Lawak antarabangsa ke? Kau ni..nak buat lawak pun cuba cari punchline yang kena sikit. Ini tak. Tengok muka Angah dengan umi. Blur je dari tadi. Means lawak kau tak sampai." sindirnya. Serius weih, aduh. Sakit perut dia dek menahan tawa yang makin menggeledak dalam perut. Masalahnya lawak dia lawak tahap dewa.
Memang semenjak ni orang suka buat lawak tak jadi eh? Sebab apa ek? Nak attention?
Huh, dasar takde life! Daripada hiburkan orang dengan lawak tak jadi tu, baik bergerak ke hadapan. Move on!
Bila dia sedar tiada siapa yang memberi respon, gadis itu kembali diam. Senyuman yang riang dek gelak tawa tadi pudar sekelip mata. Tiga tubuh di hadapannya itu dipandang satu per satu dengan penuh tanda tanya. Lama.
Mengharapkan penjelasan.
"Apa ni?" Dia menyoal. Jantungnya tiba-tiba saja mengepam laju. Pelbagai rasa mula timbul di sudut hati.
"Elina.." Apabila umi seru namanya, cepat dia kalih memandang orang tua itu. Kedua-dua mata yang cukup senang, cukup medamaikan apabila dia renung, terus hilang sinar.
Yang tingal cuma kekecewaan.
"Apa maksud dia ni, umi? Angah?" soal dia lagi.
"I'll leave you guys here, okay?" Baru saja tubuh sasa itu mahu bangkit, tapi tindakkannya terus mati apabila Elina menghalang.
"Kau nak lari mana?"
"Saya rasa awak patut bincang sendiri dengan keluarga awa—"
"Jadi, kau rasa kau tu sekadar gangguan lah? Maybe bab tu kau dah terlambat.. Ataupun kau memang nak lari lepas kau mengaku kau tu laki aku? Kau takut umi dengan Angah aku nafi? Atau..."
Kening dijongket sebelum dia tersenyum senget.
"Kau nak lari sebab tak nak tanggungjawab lepas kau sentuh aku?"
Lelaki itu diam terkutu. Tak sangka soalan itu dilontar kepadanya. Cukup jelas diselaputi sindiran.
"Saya tak berniat—"
"Kau tak payah nak tipu aku dengan alasan basi kau tu. Duduk!" Akhirnya, lelaki itu menurut. Hah, tahu pun nak dengar! Banyak pulak bunyi dia.
"El, ni bukan masa yang sesuai. El masih lagi sakit. Angah akan bagitahu El bila sampai masanya. Sekarang, Angah dengan umi perlu balik. Masa lawat pun dah habis."
"Eh, tak boleh! Tak boleh! El macam mana pulak?"
"El? El tidur sini lah." Elina kerut dahi.
"El tak nak! Nak balik! Nak ikut angah dengan umi!" Tubuh kecilnya bingkas bangun untuk menuruni katil tetapi dihalang oleh lelaki 'tidak dikenali' itu.
Cepat Elina menepis.
Haih, dia ni tak serik-serik lagi ke kena amuk dengan aku tadi? Nak aku jadi hantu lagi ke apa?!
"Kau jangan sentuh aku." larang Elina. Jari telunjuk tepat menunding ke arah wajah kacak itu.
Rasanya mamat ni failed kot waktu exam Pendidikan Islam. Kerja besar bapak tapi common sense zero! Langsung tak kesah kalau nak berpegang sesama orang yang tak mahram.
Orang bandar katakan.. Semua kerja nak langgar suka hati je, pasal agama pun dah melayang entah ke mana. Sebab tu timbul banyak kes rogol lah mengandung anak luar nikah lah.
Salah satu puncanya ofkos adalah lelaki dan perempuan langsung tak ada batas!
"Tapi awak tak boleh balik lagi. Keadaan awak masih lagi tak pulih sepenuhnya. Tengok ni, disebabkan awak lari tadi balutan kaki awak dah terbukak." Dia membongkok sedikit lalu memegang kaki
Nasib baik lah kaki tak patah semasa kemalangan kalau tidak, memang tak boleh jalan dah gadis ni.
"Eh suka hati aku lah nak lari ke merangkak ke, ada aku kacau hidup kau? Tak kan?"
"Ada, sebab awak isteri saya. Saya tak nak awak sakit." jawabnya senafas. Matanya tak lepas merenung gadis
Wah, wah, wah! Hebatnya kamu! Yakinnya kamu!
"Choiih! Pergi mampus lah dengan gelaran suami kau tu! Aku bukan bini kau! Kau salah orang!"
"Awak kena duduk sini. Awak tak boleh balik lagi, Elina."
"Jangan sebut nama aku lah, gila! Dah, aku nak balik! Tak nak aku hadap muka toya kau tu!" hambur Elina sebelum dia melangkah menuju ke pintu.
"Elina Aazeen. Angah tak suka El macam ni. Kalau El still lagi buat perangai, jangan balik! Duduk sini sampai kau sihat walafiat dulu kalau tak nak angah hantar kau pi hospital sakit jiwa pulak."
Ehhhh?!!!! Dia pulak yang kena? Kena tembak bertubi-tubi pulak tu! Patutnya aim laki sengal ni bukannya dia! jerit Elina dalam hati.
"El tak nak!"
"Nanti lepas seminggu, El balik lah. Haishhh! Jom, umi!" ajak Angah lalu memimpin umi keluar dari bilik wad. Meninggalkan Elina yang maish terpinga-pinga.
Ha???
Seminggu?!!
Hadap laki ni?!
TIDAAAKKKKK!!!!
✦ ✦ ✦
KELOPAK mata dibuka perlahan. Dalam masih berbaring, dengan mengalihkan posisi tubuh menghadap dinding. Tidur atas sofa memang lah kena banyak gerak, kalau tak sakit belakang. Mata yang masih mamai itu digosok.
Lama dia merenung tingkap yang dilindung langsir besar berwarna hijau. Dia selak sedikit langsir itu untuk memudahkan dia melihat pemandangan di luar. Langit biru yang suram itu membuatkan hatinya terasa sayu.
Hari ini merupakan hari kedua selepas kejadian dia bertengkar dengan Angah dan umi bahana berita yang mengejutkan itu.
Lelaki tu? Suami dia? Huh! Nak kelentong aku pun pada-pada jugak lah! Kenal pun tak, ada hati mengaku laki aku? Mintak simpang 44!
Masih lagi tinggal tiga hari dan selepas itu, dia boleh balik ke tempat asalnya. Rumah dia. Tapi entah kenapa seminggu ini rasa seperti berlalu dengan sangat lama...rasa macam setahun.
Kemudian, Elina kembali merenung langit. Mendung yang kian kelihatan bertandakan hujan akan turun. Begitu juga dirinya.
Tangisan tanpa sedar mengalir di pipi diseka laju. Ya Allah..hati terasa sayu mengenangkan wajah yang ingin dia tatap sekarang. Wajah yang paling dia rindu. Wajah umi...Angah...
"Elina?"
Tiba-tiba bahu terasa dipegang lembut. Dia kalih ke belakang. Oh, laki 'sengal' ni ke... Terkejut dia dibuatnya!
Dada diusap perlahan. Bagi salam tak, hai pun tak.. Nasib baik tak bertambah lagi penyakit dia!
"I thought you were sleeping." ujarnya. Seraya itu, senyuman diukir. Gelas yang berisi hot chocolate diletakkan di atas meja bersebelahan katil.
Kata Auntie Einas, umi kepada Elina, hot chocolate merupakan air kegemaran gadis itu. Waktu sarapan saja memang wajibal ghunnah kena ada hot chocolate. Kalau tak ada, paling koman pun nestum chocolate.
Tapi kalau ikut kan, dia memang tak nak bagi gadis ini makan benda manis. Takut jadi penyakit lain pulak, tapi disebabkan nak 'cool down' kan Si Elina ni, terpaksa lah dia guna tektik lain.
Elina senyum menyenget. Tangan memeluk tubuh. Haih lah, nak buat baik pulak mamat ni. Ni mesti bodek umi pastu tanya pasal dia. Buat apa lah pagi-pagi buta ni mamat ni nak muncul depan dia? Dah lah mood dia tak baik sangat hari ni.
"Yeah, I was. Until someone suddenly showed up and decided to become a nuisance." jawab Elina bernada sarkastik. Nak speaking sangat kan?
Ha nah, hamek kau!
"Oh, am I?" Suara lelaki itu kedengaran mencabar.
Panas hati Elina jadinya. "Yes!"
"Hmm..if that's the case, then I shall continue being your nuisance until you're fully recovered."
"Ha?" Gadis itu terpanar. Biar kebenaran mamat ni?
"Saya dah sediakan sarapan untuk awak. Roti bakar pun ada. Kejap lagi say—"
"Apa lagi yang kau nak dari aku sebenarnya? Cuba bagitahu. Tak payah nak try hard sangat, tunjuk baik dekat aku. Ingat aku termakan dengan kelentong kau ni?" sergah Elina. Terhenti segala tindakan lelaki itu mahu mempersiapkan tempat makan.
"Apa maksud awak ni?" soal lelaki itu. Badan berpaling. Mata memandang tepat ke arah gadis kecil molek itu. Badan aje kecil, mulut boleh tahan besar.
Elina ketawa sinis. Haih, dia buat-buat bodoh pulak! Macam mana ek nak handle orang yang buat-buat bodoh ni?
"Kau ni sebenarnya nak duit kan? Macam ni lah okey, saya cakap terus terang. Tulus dari hati. Maaf lah, keluarga aku tak kaya macam yang kau sangkakan. Nak duit, kau boleh aje rompak bank. Tak payah susah-susah reka cerita semata-mata nak curi dari perempuan miskin macam aku. Aku bagi kau tips lah eh, nak jadi pencuri, target dia kena lah gempak. Orang bangsawan katakan. Kalau kau aim perempuan macam aku ni..miskin, takde duit, buruk tu bonus pulak..."
Nafas ditarik sebelum dihembus. Senyuman terpaksa sedaya upaya diukir. Penuh sinis.
"...memang sia-sia je plan kau." sambungya.
Typical men. Dah ada kemewahan, tamak mintak lagi. Dah ada isteri, nak bermadu pulak. Mentang-mentang boleh pasang empat, nak jugak tambah lagi tiga orang. Bukannya nak faham perasaan bini sendiri bila kena madu.
Yang belum berkahwin, dah ada makwe, nak tukar yang lagi 'grand'. Tak pernah nak bersyukur. Hargai. Dasar buaya!
"Tapi aku tengok kau, macam dah berjaya. Jadi doktor. Gaji kompem melimpah macam air terjun kan? Jadi, pe kes pulak kau nak mencuri? Tak reti bersyukur? Mak bapak kau tak ajar eh?"
"Ataupun...oh betul lah kan! Kau ni sebenarnya cari pemuas nafsu liar kau tu je. Memang lah doktor tapi doktor yang ada niat lain. Amacam peluk badan aku yang tak berapa nak mantap ni? Sekeping macam papan ni? Sedap?"
"That's it, Elina. Stop!"
Kali ini, bibir Elina bagaikan dizip serta-merta. Mata yang berkaca jelas terpancar pada wajah lelaki itu benar-benar membuatkan dia ingin melepaskan tawa. Wajahnya juga bertukar merah menahan amarah.
Huh! Puas!
Cakap sikit dah sentap. Cakap sikit dah koyak! Carik! Rabak! Orang macam ni memang hati tisu bebenor!
Tubuh itu melngkah menuju ke arah sofa. Sedar akan tindakannya, Elina segera mengesot ke belakang sedikit. Berjaga-jaga. Kepala tak gerak walaupun seinci.
"Elina.." serunya usai melabuhkan punggung di hujung sofa. Panahan renungan lelaki itu membuatkan Elina menjadi tak senang duduk.
Gulp! Air liur sedaya upaya ditelan. Kenapa dia pandang muka aku macam tu, duh? Macam nak telan aku hidup-hidup! adunya dalam hati.
Lelaki itu mengehembus nafas panjang. Mata dipejam seketika sebelum dibuka semula bersama satu senyuman yang cukup menenangkan. Terasa hangat.
"Awak makan, ya? Saya tak nak isteri saya terus jatuh sakit macam ni lepas ni. Ubat dah ada atas tray, nanti awak makan okey?" Baru saja dia mahu bangkit tapi dia paling semula ke arah gadis itu.
"Dan lagi satu.."
Elina masih tidak bereaksi. Masih sama. Tapi dirinya masih menunggu pernyataan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.
"Awak boleh panggil saya Zaki."
Kemudian, tubuh itu segara berdiri dan berlalu keluar dari ruang bilik tanpa menoleh.
Friday, 6 March 2020
Crushku Bukan Milikku - Bab 2
BUNYI susu dan garfu yang berlaga dengan pinggan mewah itu memecah kesunyian malam.
Masing-masing leka dengan hidangan makam malam yang disediakan oleh chef dari Istanbul itu.
"Oh my gad! This is so scrumptious!" Adel menggulum senyuman. Bab makan ja confirm nombor satu makcik ni.
Memandangkan bilik mereka cukup besar untuk memuatkan tujuh hingga lapan orang, mereka mengambil keputusan untuk makan malam dalam bilik together dan memilih bilik Aliecia dan Adel. Lebih privacy.
Sejak petang tadi lagi mereka menahan rasa lapar. Nak keluar bilik dah malas memandangkan mereka tiba di Langkawi lewat so diorang membuat keputusan untuk terus check in bilik, solat dan rehat.
"Lepas makan, nak buat apa?" Shereen menyoal. Piggan putih di hadapan tolak perlahan . Licin semuanya!
"Lepak bilik je kut," Adel hanya memberi reaksi spontan.
"Me too," Shaffa juga menjawab.
"Lepak dengan Aqif," Isya buat muka selamba. Sejak dari awal lagi Aqif sudah memaklumkan keberadaanya di Langkawi. Menambah perisa sesedap rasa lagi apabila Aqif mengatakan dia menginap di hotel yang sama. Iaitu hotel milik Qalish.
"Uuuuu! Kawan aku dah majuuuu!"
"Pweetttt!"
"Euwww! Jijik arrr!"
Maka riuh lah satu bilik dengan suara-suara halus mereka.
"Aku dengan Qal nak keluar kejap. Nak dating." Aliecia memandang Qalish yang berada di hadapannya.
"Pfffttt!" Susu yang diminum Isya tersembur keluar. Habis muka Shereen putih dek susu Dutch Lady itu. Ingat dia sorang je ke yang boleh berdating?
"What da...fish!" Shereen mencapai tisu di hadapannya. Mengelap kasar keseluruhan muka. Euwww! So jijiks!
"Dating mana sayangku~~?" Qalish yang baru selesai makan memandang Aliecia.
Jadi dah..jadi dah! LGBT melanda~~
"Di mana sahaja sayangku~~" Aliecia bangun dari kerusi. Samsung Note 10 nya dicapai sebelum dimasukkan ke dalam poket hoodie.
Dari petang lagi diorang dah plan nak keluar 'dating' tepi pantai memandangkan waktu malam lebih tenang dan sejuk.
"Wait. Kay, kau beli dah Note 10? Serius lah?" Membuntang mata Qalish memandang Aliecia. Note 10 kot! Dia pun tak kesampaian lagi nak beli.
"What? Adel pun pakai maaaa." Aliecia menunding ke arah Adel yang sedang leka menonton Omar dan Hana di Youtube. Mohon contohi beliau. Bukak youtube tengok benda bermanfaat.
"Me too," Shaffa mengangkat samsungnya ke udara. Dua kali doh dia ulang benda yang sama. Sah vocab kurang hahahaha.
Qalish yang melihat hanya mampu menelan air liur.
"Chill, Qal. Aku pun baru sampai taraf Iphone X." Shereen memandang iphonenya sayu. Dah kenapa? Iphone X tu kan still baru.
Qalish hanya menggeleng. Macam-macam lah diorang ni!
Hoodie hitamnya dizip sampai ke paras tengkuk. Ready to go.
"Sure korang tak nak ikut?" Qalish sekali lagi memandang satu-persatu rakan-rakannya.
"Absolutely." Isya menjeling.
Jelingan tajam menusuk ke hati yang hanyalah lemah dan tidak berdaya tapi macam biasa. Qalish hanya buat muka selamba. Nampak Qalish happy? Contohi beliau yang sentiasa berfikiran positif.
"7E?" Shaffa memandang ke arah Aliecia dan Qalish.
"24 hours." Aliecia menjawab sambil memandang Shaffa yang bingkas bangun.
"Korang nanti panggil room service eh, jangan tinggal macam ni. Sepah!" Adel hanya mengangguk.
Aliecia kalau tak bersih mesti tak boleh! Semua kena perfect. Cerewet tul!
Note: Future husband dia nanti mohon tabah.
⧓ ⧓ ⧓
"NAH." Plastik 7E yang penuh dengan roti, jeli dan makanan lain dihulurkan kepada Aliecia.
"Okay, thanks."
"Over there." Aliecia menunding ke arah pasir pantai. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul sembilan tapi masih ramai pengunjung yang bersiar-siar.
Mereka memilih kawasan yang sedikit tersorok daripada umum tetapi masih boleh melihat keseluruhan tempat.
"Bukak?" Qalish menghulurkan botol coke kepada Shaffa, minta dibuka.
"Huaaaa, macam mana kita boleh jadi rapat eh?" Aliecia membuka bicara. Wajahnya tampak serius.
Macam mana dia boleh terfikir jauh tu? Oh lupa, Aliecia, memang selalu fikir perkara yang merumitkan but yeah, it's good. Lagi tak leh blah dia tanya orang pastu merumitkan orang dan orang pun terpinga-pinga. Contohi juga beliau yang sentiasa berfikiran jauh dan tinggi. Kah. kah. kah.
"Memories.." Angin yang meniup rerambutnya menampakkan reaksi Shaffa. My gadddd! Shaffa senyum! Finally dalam book ini!
For the first time in forever,
There'll be music, there'll be—
K. Stop.
Qalish meneguk air bergula itu separuh sebelum tiba-tiba tersembur keluar. Rugi dua ringgit aku.
"Weh, tengok tu...tu Hadriez kan?" Dia menunjuk ke arah hadapannya. 70 meter jauh dari tempat mereka sekarang.
"Where?" Shaffa dan Aliecia memandang ke arah yang ditunjuk.
Hadriez hanya mengenakan t-shirt Polo nipis dan berseluar jeans paras lutut. Mekanya yang disiram cahaya membuatkan dia kelihatan kacak. Mohon jangan contohi beliau yang pakai seluar jeans paras lutut. Ish ish ish!
Bukan cahaya 'nur' tapi cahaya lampu makcik jual bihun sup bersebalahn mereka.
"Hadriez with..." Mata Aliecia sedikit mengecil. Cuba untuk menfokuskan ke arah Hadriez dan orang disebelahnya.
"Iriena!" Serentak mereka bertiga dengan muka 'my god so pretty kalah Rosmah a.k.a Kak Mah'.
Yup. Nur Iris Iriena, senior mereka di kolej. Bukan hanya di kolej tapi juga di sekolah menengah dulu. Senior yang cukup berpengaruh dalam kolej. Geng tomato katakan.
Apa itu geng tomato? K, meh nak cita. Geng tomato tu geng dak-dak popular, hotzzz, and lawer pretty gitewww pastu jenis suka selfie. mementingkan imej, gediks gitu.
180 darjah berbeza daripada geng potato yang langsung tak kesah tudung senget, muka derp, or noob bab-bab selfie. Tapi kena ingat!
Tomato tak cantik SELAMAYA. Potato juga takkan buruk SELAMANYA.
"Damn, she's hot. They look like a real couple, right?" Mata masih terpaku ke arah Hadriez dan Iriena.
"Ya...I think so," Aliecia menggangguk laju.
"So...betul lah apa yang korang syak selama ni." Qalish memandang dua rakannya.
Aliecia mengjongket kening beberapa kali tanda 'I told you 'bout this' membuatkan Qalish juling ke atas. Menyampah!
Perbincangn mereka petang tadi yang hanya dibiar sepi kini dibincangkan sekali lagi.
"Diorang dah lama.." Shaffa menguis-nguis pasir di hadapannya.
"Seriously? Since when?" Qalish kelihatan sedikit terkejutzzz.
Dia hanya mengangkat bahu. Benda yang kurang pasti jangan dikongsi.
"Aku bukan nak kata apa..tapi kenapa diorang rapat sangat? Kut ye pun couple, tak payah lah acah halal." Qalish menjeling tajam.
Tanpa sedar, dia menarik-narik rambut Shaffa membuatkan gadis itu menamparnya kuat.
"Hehehe, sorry."
"So, keep it under wrap?" Aliecia memandang satu per satu rakannya.
"Yeah.." Shaffa dan Qalish menggangguk setuju.
Selagi Hadriez sendiri tak bagitahu umum, mereka tak perlu menghebohkannya. Takut nanti jadi fitnah. Mana tahu Iriena tu sugar sister Hadriez je.. siapa tahu kan? Wait, wujud ke istilah 'sugar sister'?
Hahahaha.
"Okay, thanks."
"Over there." Aliecia menunding ke arah pasir pantai. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul sembilan tapi masih ramai pengunjung yang bersiar-siar.
Mereka memilih kawasan yang sedikit tersorok daripada umum tetapi masih boleh melihat keseluruhan tempat.
"Bukak?" Qalish menghulurkan botol coke kepada Shaffa, minta dibuka.
"Huaaaa, macam mana kita boleh jadi rapat eh?" Aliecia membuka bicara. Wajahnya tampak serius.
Macam mana dia boleh terfikir jauh tu? Oh lupa, Aliecia, memang selalu fikir perkara yang merumitkan but yeah, it's good. Lagi tak leh blah dia tanya orang pastu merumitkan orang dan orang pun terpinga-pinga. Contohi juga beliau yang sentiasa berfikiran jauh dan tinggi. Kah. kah. kah.
"Memories.." Angin yang meniup rerambutnya menampakkan reaksi Shaffa. My gadddd! Shaffa senyum! Finally dalam book ini!
For the first time in forever,
There'll be music, there'll be—
K. Stop.
Qalish meneguk air bergula itu separuh sebelum tiba-tiba tersembur keluar. Rugi dua ringgit aku.
"Weh, tengok tu...tu Hadriez kan?" Dia menunjuk ke arah hadapannya. 70 meter jauh dari tempat mereka sekarang.
"Where?" Shaffa dan Aliecia memandang ke arah yang ditunjuk.
Hadriez hanya mengenakan t-shirt Polo nipis dan berseluar jeans paras lutut. Mekanya yang disiram cahaya membuatkan dia kelihatan kacak. Mohon jangan contohi beliau yang pakai seluar jeans paras lutut. Ish ish ish!
Bukan cahaya 'nur' tapi cahaya lampu makcik jual bihun sup bersebalahn mereka.
"Hadriez with..." Mata Aliecia sedikit mengecil. Cuba untuk menfokuskan ke arah Hadriez dan orang disebelahnya.
"Iriena!" Serentak mereka bertiga dengan muka 'my god so pretty kalah Rosmah a.k.a Kak Mah'.
Yup. Nur Iris Iriena, senior mereka di kolej. Bukan hanya di kolej tapi juga di sekolah menengah dulu. Senior yang cukup berpengaruh dalam kolej. Geng tomato katakan.
Apa itu geng tomato? K, meh nak cita. Geng tomato tu geng dak-dak popular, hotzzz, and lawer pretty gitewww pastu jenis suka selfie. mementingkan imej, gediks gitu.
180 darjah berbeza daripada geng potato yang langsung tak kesah tudung senget, muka derp, or noob bab-bab selfie. Tapi kena ingat!
Tomato tak cantik SELAMAYA. Potato juga takkan buruk SELAMANYA.
"Damn, she's hot. They look like a real couple, right?" Mata masih terpaku ke arah Hadriez dan Iriena.
"Ya...I think so," Aliecia menggangguk laju.
"So...betul lah apa yang korang syak selama ni." Qalish memandang dua rakannya.
Aliecia mengjongket kening beberapa kali tanda 'I told you 'bout this' membuatkan Qalish juling ke atas. Menyampah!
Perbincangn mereka petang tadi yang hanya dibiar sepi kini dibincangkan sekali lagi.
"Diorang dah lama.." Shaffa menguis-nguis pasir di hadapannya.
"Seriously? Since when?" Qalish kelihatan sedikit terkejutzzz.
Dia hanya mengangkat bahu. Benda yang kurang pasti jangan dikongsi.
"Aku bukan nak kata apa..tapi kenapa diorang rapat sangat? Kut ye pun couple, tak payah lah acah halal." Qalish menjeling tajam.
Tanpa sedar, dia menarik-narik rambut Shaffa membuatkan gadis itu menamparnya kuat.
"Hehehe, sorry."
"So, keep it under wrap?" Aliecia memandang satu per satu rakannya.
"Yeah.." Shaffa dan Qalish menggangguk setuju.
Selagi Hadriez sendiri tak bagitahu umum, mereka tak perlu menghebohkannya. Takut nanti jadi fitnah. Mana tahu Iriena tu sugar sister Hadriez je.. siapa tahu kan? Wait, wujud ke istilah 'sugar sister'?
Hahahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)
In case you forgot
Has a cat got your tongue? Don't forget to comment! Maaf kalau ada kesilapan bahasa atau typo. Budak ni masih newbie ~~

























