Pages - Menu

Greetings

Assalamualaikum,..

Di sini saya menulis sekadar hobi. Bila ada idea mulalah nak type macam2 pastu merapu haha. Maaf kalau ada tersalah bahasa ataupun typo. Member ni still newbie dalam bidang penulisan :)

MY LUCK IS YOU - RELEASED!!!

ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua...

Tuesday, 10 March 2020

My Luck is You! - Bab 4


LANGSIR diselak ke kiri dan kanan untuk membenarkan sinaran cahaya matahari menembusi dari luar. Comforter nipis itu dilipat kemudian disusun bersama sebiji bantal kembali pada tempat asal.

Jam dinding dikeling sekilas. Pukul 10.00 pagi. Keluhan dihembus panjang. Senyuman lega terbit di bibir.

"Zaki?" Soalan itu sekelip mata meredakan senyuman Elina. Nampak tak level dia benci lelaki itu macam mana? Naik berang hati dia dengar panggilan tu.

Walaupun baru dua kali je dengar.

Mujurlah hari ni sudah tiba hari dia boleh keluar wad. Dia terhutang budi lagi dengan Adeera kerana sanggup datang disebabkan dia nak mengelak dari jumpa lelaki itu. Tak sanggup dia nak duduk sini lama-lama. Hadap nurse tu boleh tahan lagi, kat sini semua nurse cun-cun gila.

Haih, apa kau ni El? Ingat, kau tu perempuan jugak! Bukan spesis tak dikenal pasti! Jangan dok try buat bukan-bukan pulak! desis hatinya.

Yang dia tak boleh tahan tu hadap muka seposen yang tak ada rasa bersalah mamat tu ha!

"Iyelah. Z....z...z-za....zak..."

"Zaki lah mangkuk." sergah Adeera. Amboi..sampai macam tu sekali. Humban masuk tadika balik belajar a b c baru tau! Nak sebut pun payah!

"Ha! Ya, ya. Whatever lah! Kau pernah dengar tak?"

Elina memandang wajah Adeera yang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Namun, gadis itu hanya membalas renungan Elina dengan gelengan. 

"Hmm.. Setahu aku lah, aku takde kawan nama Zaki. Apatah lagi kau. Tapi kau sendiri aku tak tahu lah. Kau sendiri cakap kau takde kawan rapat laki kecuali bos kau tu ha," kata Adeera yakin.

Adeera sendiri tahu bahawa Elina memang tak cukup suka berkawan dengan lelaki apatah lagi yang tak kenal. Paling koman pun, dia ada jugak rapat dengan bos cengey kita sorang tu dekat kedai.

Kawan mana je yang tak kenal perangai kawan baik sendiri?

Ahh! Tapi tu bukan persoalannya sekarang! Yang penting ni...

Biar betik...Elina dah kahwin?! Apehal dia tak pernah tahu pun sebelum ni? Pandai eh satu-satunya kawan baik dia yang memang jenis anti-lelaki ni berahsia tentang hubungan scandal dia!

Tak boleh jadi ni! Kena korek, kena korek.

"Tapi an..tak caya ah aku kau dah kawen rupanya! Asal kau tak bagitahu aku ha? Sampai hati kau senyap je dari aku eh!" Adeera mencebik rajuk. Kepala dipaling ke arah lain menayang reaksi 'tak nak kawan'.

Elina mencebik lama. Kah kah, takde masanya dia nak berahsia-rahsia. Dia sendiri pun tak tahu apa  jadi. Bangun je dah kena serang dengan pengakuan 'saya suami awak' daripada mamat yang datang dari celah mana entah.

"Kepala hangguk kau! Kau ingat aku nak ke mamat sengal tu? Aku kenal dia pun tak!"

Terus sengihan Adeera terpancul. Sempat dia menyiku lengan Elina. Hek eleh, tak nak mengaku pulak sorang ni!

"Aih, kau ni main-main pulak. Lepastu, yang doktor tu bukan main cakap 'isteri' dia tengah rehat lah, tidur lah sebelum ni. Kau nak kata semua tu pun tipu jugak lah?" soal Adeera.

Mana dia tak syak apa-apa? Dia juga ada datang untuk lawat Elina. Ada hari dia bersama Daniel, bos kedai Pizza Hat yang mereka berdua bekerja. Katanya, seorang bos yang prihatin mesti lah jenguk anak-anak buah dia sakit.

Choihh! Sembang je lebih. Cakap lah nak menunjuk kata dah naik pangkat...

Tapi disebabkan doktor a.k.a Dr. Zaki a.k.a unknown-husband Elina tahan dia, dia terpaksa akur. Kata doktor itu, macam yang dikatakan tu lah. 'Isteri saya tengah rehat', 'isteri saya tengah tidur',..macam-macam lah!

Nak kata protective, nampak gaya macam ya lah tapi takkan kawan sendiri nak tengok pun tak boleh kan? Reaksi pertama confirm lah terkejut besar. Entah mananya datang lelaki ni yang berani mengaku suami Elina. Tapi selepas dia tanya apa hubungan lelaki itu dengan kawan baiknya, baru dia tahu.

Tapi kali ni, lain pulak yang keuar dari bibir si isteri. Yang mana satu betul, yang mana satu salah dia pun tak tahu. Dia pun dah jadi blank!

Elina megeluh kuat. Haih, berapa kali dia nak cakap ni?! Dunia ni yang dah terbalik ke semua orang dah jadi loco sekarang ni?

Dia melabuhkan punggung di katil sebelum dia mula bicara.

"Apa kau merepek ni ha? Mesti lah semua tu tipu! Kalau kau nak tahu, aku memang tak kenal langsung pun mamat tu! Dia yang tiba-tiba muncul lepastu pandai-pandai mengaku laki aku. Mana aku tak bengang sekarang ni?" jelas Elina. 

"And kau tahu tak? Bila aku cakap laki tu cuba nak buat honaq dekat aku, umi dengan angah macam tak kesah langsung. Diorang macam biar je benda tu berlalu dan yang paling buat aku sakit hati, diorang bela mamat tu dari darah daging sendiri!" sambungnya.

Sebenarnya nak saja dia cakap dan luah benda dekat umi. Sebelum ni, umi lah tempat dia dapat luahkan segala masalah yang dia hadapi. Kini, demi menjaga hati umi dan tak mahu menimbulkan pergaduhan besar antara anak-beranak, dia memilih untuk membiarkan saja perkara itu berlalu.

Paling senang, dia pendam saja selama seminggu ni.

"Kau dah report angah kau dengan umi kau?" Elina terawa sinis. Report? Dari mula lagi dia dah report tapi dua-dua macam langsung tak membantu!

"Dah.."

"Then?"

"Kan aku dah cakap tak berkesan pun." Adeera mengeluh. Haih, macam mana ni? Mungkin betul apa Elina cakap. Cara dia pun nampak sangat memang tak kenal langsung lelaki bernama Zaki.

"Polis?"

Kali ni, bibir tak mampu nak bersuara. Bukan dia tak terfikir nak report polis je terus tapi dia langsung tak ada bukti kukuh. Kang nanti kena cop buat tuduh sebarangan pulak dia yang malu sendiri!

Krikk..

Belum sempat Elina mahu menjawab soalan, daun pintu terkuak. Mereka berdua serentak memaling ke arah tubuh yang memasuki perut bilik wad.

Elina jegilkan mata. Haih tak habis-habis potong line betul!



✦ ✦ ✦



"ALAAAH! Pe hal pulak aku kena ikut kau?! Gila lah kau ni! Aku boleh balik sendiri!"

"Tapi angah awak tak benarkan awak balik sendiri." 

"Tu angah aku yang cakap. Bukan aku yang cakap. Aku cakap aku boleh balik sendiri dan aku tetap nak balik sendiri. Anta faham?" 

"Ana faham tapi ana tetap kena bawak anta balik dengan ana." 

Haa sudah! Dia main loyar buruk pulak mamat ni! Mampuih woi!

Adeera yang sejak tadi hanya jadi pemerhati pertelingkahan antara 'suami isteri' ini, hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia tunggul dekat tengah-tengah ni. 

"Kau ni tak faham bahasa melayu eh? Ke kau buat-buat tak faham depan aku? Aku boleh naik teksi sendiri dan bayar tambang sendiri. Ingat aku takde duit? Aku tak perlukan bantuan kau!" 

"Err..maaf mencelah tapi Elina boleh tumpang saya, encik. Elina tak perlu naik teksi. Saya ada kereta sendiri jadi encik tak perlu risau, eh?" celah Adeera lembut. Dia bukan tak percayakan lelaki ini cuma dia rasa lebih baik Elina ikut dia saja. Kawan yang lebih dikenali kan? 

Elina mengangguk laju sebelum dia memagut lengan Adeera. Thanks, Deera! Thank you thank you thank you! I owe you one

Zaki hanya mengukirkan senyuman. Dia memalingkan tubuh menghadap Adeera sebentar.

"What's your name, miss?" soal Zaki. 

"Saya?" Adeera menunding jari ke arahnya. Lelaki itu mengangguk. 

"Adeera." 

"Well, Miss Adeera. It's very nice of you for wanting to help my wife but I have to take her home. I must. This is her brother's favor to me. Don't you think it's bad when you break someone's promise? And if anything happens to her, I don't think I can't forgive myself." 

"So, if you don't mind, please let me take her home. Safely." Adeera terpegun. Kaku. Terasa bahang pada kedua-dua belah pipi. Habis hilang semua kata-kata untuk menolak pelawaan Zaki menghantar Elina pulang. 

Aduhai, apesal yang gentlemen sangat lelaki niiii? Lelaki macam ni Elina kata lelaki tak guna? 

Haih, tak tahu lah apa yang kureng sangat dekat mata Elina. Apa lagi yang kau nak? Kind-hearted? Charming? Good looking? Tinggi? Sweet talker? Kerja meletop

Ha! Depan mata ni pun dah cukup y'alls!!! 

"Hahahaha! Kau ingat dengan ayat manis basi kau tu boleh memperdayakan kawan aku ni ke? Kau silap! Dah cukup! Jom Deera! Aku nak ba—" Belum sempat ayat Elina habis, dia terasa lengannya dicuit. Dia paling ke arah Adeera. 

"Kau pe hal?" 

"Sini jap."

"Laaa! Pe kes pulak kau ni? Jom balik!" Adeera menarik tangannya kuat tanda protes. Elina mengeluh bebal. Haih banyak pulak songeh minah sorang ni! Dah lah hati tengah panas ni!

Segera dia merendahkan kepala. Menadahkan telinga ke bibir Adeera. 

"Kalau macam ni kau tak nak jadikan suami, aku nak register siap-siap jadi bini dia!" bisik Adeera separuh teruja. Ish tak leh tengok sebelah mata je kalau lelaki macam ni!

Membulat mata Elina dibuatnya. Gila ke apa kawan dia ni? Aduhh! 

"Pe hal kau ni? Aku nak balik lah. Jom!" 

"Pe hal kau cakap? Kau ni buta ke El? Package kot mamat ni! Bertuah betul kau!" 

"Eii! Merepek lah kau ni!" 

"Err....girls?" potong Zaki. Amboi, berbisik dua orang sampaikan kita dekat sini pun dah lupa ya? Seronoknya duduk dalam dunia diorang.. 

Lantas Adeera menolak kepala Elina dari wajahnya sebelum dia senyum sumbing. 

"Oh, hehehe. Sorry, mister. My bad for stoping you. I trust you to let her in your care. You can take her home." ujar Adeera lembut. Lantas Elina memaling ke arahnya. Dahinya sedikit berkerut menandakan 'apa kau nak buat ni?!'.

Mata dikerdip sebagai jawapan kepada Elina. Kau wait and see je lah!

"Really? You trust me?" soal Zaki sedikit teruja. Matanya membesar memandang Adeera. Sinar yang jelas pada mata lelaki itu membuatkan Adeera tahu lelaki itu ikhlas.

"Yes. But you have to do what you asked for. Jangan ambil kesempatan pulak." 

"You have my wordThank you so much, Miss Adeera. Elina?" 

Terus kepala menggeleng laju. Wajah Adeera dipandang lama merayukan pertolongan. Tapi malangnya, Adeera hanya senyum. 

Tubuh Elina ditolak perlahan sehingga terkena tubuh sasa itu. Sebelum dia berlalu mengikuti jejak Zaki, Elina sempat memaling ke belakang dan membaca gerak bibir Adeera. 

"Ganbatte!" 

Ahhhhh! Apa dah jadi ni?! Rasa macam nak menangis, meraung, meroyan. Semua ada! 

I hate you! I hate you, Adeera!



✦ ✦ ✦



SEPANJANG perjalanan pulang, Elina hanya memilih untuk diam. Begitu juga Zaki. 

Lepas apa yang berlaku tadi? Memang tak lah dia nak buka perbualan! Dengan lelaki ini, semuanya hancur! Semunya tunggang terbalik! Yang paling bengang tu, semua nak disebelahkan dia!

Nak kata dia bertuah, memang bertuah sangat-sangat! Dia pula apa? Malang? Ha elok lah tu. Sesuai dengan keadaan dia sekarang. Sangat lah malang!

Mula-mula Angah. Lepastu, umi. Kali ni, Adeera pulak! Kawan baik dia sendiri sebelahkan lelaki yang baru kenal selama 30 minit! Aku percayakan kau, Deera! Macam ni kau balas dekat aku? Siap kau bila aku jumpa kau nanti! marah hati Elina.

Handbreak ditarik setelah kereta sudah selamat diparkir. Zaki memandang ke kiri, renung wajah putih Elina yang sejak tadi hanya memandang ke luar tingkap kereta. Entah apa yang menarik sangat dekat luar tu dia pun tak tahu.

Lebih baik tengok muka dia yang hensem lagikan macho ni. Dapat cuci mata ya, dapat pahala pun ya.

"El?" panggil Zaki. Seperti yang dia agak, langsung tiada sahutan daripada gadis itu. 

"El?" 

Diam. 

"Elina?" Diam lagi. Zaki mengeluh perlahan. Sabar, Zaki. Selagi kau boleh sabar, kau sabar. 

"Eli—"

"Kau jangan harap kau still akan hidup lepas kau sebut nama aku lagi." 

Erkkk! Amik kau, Zaki. Kan dah kena! desis hati Zaki. 

"Saya cuma nak—"

"Saya cuma, saya cuma! Cukup lah dengan lakonan kau tu! Kau dah sentuh aku, apa lagi yang kau nak? Duit? Mustahil. Kau dah kaya, duit dah macam air terjun dah jatuh kat kau. Apa lagi yang kau nak? Perempuan? Aku rasa ramai kot yang beratur nak kat kau. Ha apa lagi yang tak cukup? Kau cakap dengan aku!" hambur Elina hilang sabar.

Haih, nak aje dia sepak muka bajet hensem ni dengan penendang sulung dia. Tapi disebabkan muka jambu dia ni nampak macam anak mak, terpaksa dia bantutkan niat tersebut. Takut nanti menangis tepi bahu mak pastu mengadu pulak.

Ha..lagi naya.

Gulp. Zaki mengusap belakang leher. Dia belum mula apa-apa lagi, gadis ini sudah tuduh dia macam-macam.

Fuh, nampaknya teori twitter sangat berguna ya. Hipotesis diterima. Perempuan punya overthinking ni memang another level betul lah.

"Okey..tapi sebelum tu, saya cuma nak cakap kita dah sampai dekat depan rumah ni ha."

Terus air mukanya berubah tenang. Dia kemudian melilau ke sekeliling ke luar kereta. Kelihatan seperti perumahan. Kenapa dia langsung tak perasan? Sibuk sangat memaki hamun Si Zaki ni sampai tak sedar dah apa yang berlaku.

Bahang mula terasa di bahagian pipi. Aduh, tak pasal-pasal kena balik!

"Apesal kau tak cakap awal?!"

"Saya memang nak cakap tapi dah awak asyik cantas aje. Macam mana saya nak cakap?"

Elina tarik muka. Okey, okey! Salah dia! Salah dia! Puas?!

Cepat-cepat daun pintu dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta. Anak mata mengimbas sekeliling kawasan rumah. Aik, asal lain macam je ni rupa dia?

Sejak bila rumah umi ada air pancut? Setahu dia, umi tak nak sebab kos dia tinggi. Dia memaling ke belakang. Uish, gate automatik pun ada jugak? Sejak bila Angah rajin pulak nak pasang benda alah ni? Bukan mahal ke?

"Err...oi, laki!"

"Ha?" Zaki menyahut. Tetapi lebih kepada menyoal.

Mata dijegil. Buat bodoh pulak mamat ni! "Aku rasa kau ni dah sesat agaknya."

Zaki kerut dahi. Sesat?

"Apa yang awak mengarut ni? Kita tak sesat lah."

"Ini bukan rumah umi saya. Jadi saya seratus peratus mengatakan awak dah sesat dan salah perumahan." jelas Elina. Nampak ketara sangat ini bukan rumah umi.

Zaki tergelak kecil. Pintu kereta belakang ditutup seraya beg galas hitam milik Elina dan juga begnya dibawa keluar. Dia melangkah perlahan sehingga dia berhenti betul-betul di hadapan tubuh kecil itu. Elina pula satu langkah ke belakang.

Dah kenapa mamat ni tiba-tiba nak dekat dengan orang?

Zaki memandang Elina yang sudah menunjukkan wajah hairan. Spontan dia mengukirkan senyuman sebelum dia mula buka mulut.

"Elina...Elina. Saya memang seratus peratus mengatakan bahawa saya tak sesat. Memang lah ini bukan rumah umi awak tapi sekarang ni kita di..."

Zaki berhenti separuh ayat. Sengaja dia mahu lihat reaksi Elina.

"Di?" soal Elina yang bernada lebih ingin tahu.

"...kita di rumah saya." 









1 comment:

In case you forgot

Has a cat got your tongue? Don't forget to comment! Maaf kalau ada kesilapan bahasa atau typo. Budak ni masih newbie ~~