"THANK you, nurse. You may leave," kata lelaki itu sebelum dia mengukir senyuman.
Elina sudah mencebik masam. Ei, speaking konon! Tadi masa gaduh dengan dia pun nak berspeaking-speaking jugak. Hingat ni negara omputih ke?
Ini Malaysia lah! Kau masih dalam Malaysia, tolong cakap bahasa Melayu. Jangan nak jadi racist sangat dengan bahasa sendiri!
Dia mengalih pandangan ke arah lain. Tak kuasa dia nak tengok muka seposen mamat tu. Dah lah suka hati je peluk orang, ada hati nak berbaik?
Huh! In your ridiculous dreams lah!
"Angah, cuba angah tanya dia apa dia dah buat dekat El. Dan cuba angah bagitahu siapa dia ni sebenarnya." Keras suara dia mengarahkan abang kandungnya tanpa memandang.
Niat bukan nak kurang ajar dengan abang sendiri tapi situasi ni memang dah mencabar kesabaran dia!
Apa kena mengena lelaki itu dengan keluarganya? Apa hubungan dia orang? Kenapa dia macam tak tahu langsung tentang ni?
Ingat boleh lah minta tolong umi dengan Angah lepas dia terserempak dengan mereka sebentar tadi. Baru saja ingat peluang nak larikan diri. Tapi..
Lain pula jadinya.
360 darjah pulak tu lainnya!
Yang dia lagi hairan, umi siap tanya khabar lagi pada lelaki entah dari mana datang, dia pun langsung tak kenal. Angah pula sapanya dengan begitu mesra. Lagi lah dia bengang!
Bangun, bangun. Tup, tup dia sudah ada di sebelah. Mana orang tak terkejut beruk waktu tu?
Makin dia menunggu akan jawapan yang bakal keluar dari bibir Angah, makin hilang sabar dia jadinya.
Rambut diramas kasar sebelum keluhan dilepaskan kuat. Ya Allah, cuba lah bagi dia penjelasan yang straight to the point? Tak payah sembunyi-sembunyi?
Dia penat lah! Tau penat?!
"Kenapa angah diam pulak ni? Jawab lah soalan El! Siapa jantan yang suka hati peluk El ni?! Susah sangat ke—"
"Cukup El! Umi penat dengar El terjerit-jerit ni. Dah lah El pun tak berapa nak sihat walafiat lagi. Kepala dan kaki masih berbalut. Tu pun tadi degil jugak nak lari. Lari dari apa umi pun tak boleh nak agak sampai sekarang. Cuba El bawak bertenang, kita bincang elok-elok? El jerit-jerit ni sampai bila pun benda takkan selesai." Kali ni, umi mencelah dalam nada tegas. Haih, penat dia nak slow downkan anak perempuannya seorang ini.
Betul lah kan orang cakap, jaga seorang anak perempuan lebih susah berbanding jaga 10 ekor serigala.
Eh, betul ke peribahasa ni? Bukan jaga sekandang lembu ke? Main melantak je!
Bukannya hati seorang ibu ni tak tahu perasaan gadis itu bagaimana rupa sekarang. Confirm lah sedang berapi lagikan membara!
Tapi apakan daya.. selepas dia mendengar Elina telah kemalangan, hatinya terasa bagai berhenti berdegup. Hampir saja dia nak pitam, nasib baik Angah ada waktu tu.
Syukur lah, Elina masih lagi dipinjamkan nyawa buat kali kedua. Tapi bila anak ini membuka mata, Allah SWT sudah berikan satu ujian yang lagi besar untuk lelaki yang 'tak dikenali' itu pula.
Iya lah...kita mampu merancang tapi Dia yang menentukan.
Angah diam. Langsung tidak menjawab persoalan adik perempuannya. Otak ligat menyusun sepatah demi sepatah perkataan dan memikirkan cara penjelasan terbaik untuk diceritakan kepada Elina. Parah ni parah!
Haih, punya lah dia ingat mudah nak handle situasi ni tapi rupa-rupanya rumit yang amat!
"Hahaha..." Tiba-tiba Elina menghambur tawa. Sinis.
Ya Allah, kenapa susah sangat nak berterus terang? Dia tanya soalan simple je kot tapi umi dan Angah membuatkan benda itu menjadi lebih rumit lagi.
"Kenapa dengan umi ni? Angah? Ke dunia ni yang dah terbalik? Boleh je umi tengok anak umi ni kena gomoi dengan orang tak kenal? Macam tu?"
"Elina! Apa cakap macam tu? Tolong bawak mengucap!"
"Dah tu pe hal diam je bila El tanya?!"
Jawab je lah soalan dia tu, bukannya soalan KBAT pun!
Dia kalih memandang Angah yang hanya tunduk.
Mana Angah yang selalu lindungi dia bila dia dalam kesusahan? Mana umi yang sentiasa memberi sokongan walaupun pada saat genting?
Mana? Mana?!
Selepas dia melunaskan geram, Elina kembali tersenyum. Susah sangat kan nak jawab? Biar dia je tanya sendiri!
Dia toleh ke arah lelaki itu.
"Dah memandangkan semua tak nak bukak mulut, aku terpaksa tanya tuan badan sendiri. Cuba bagitahu aku sapa kau ni sebenarnya dan pe hal kau peluk macam aku ni bercop halal?" sinis saja soalannya.
Ahhh! Takde ah nak tanya baik-baik! Kita tanya cara elok, orang tak nak jawab buat apa dia nak berlembut pulak kali ni?
Lagi-lagi dengan lelaki gila ni. Huh, kirim salam je lah!
Diam.
Elina bengang. Ahh! Pergi mampus lah adab tak kena pun!
"Aku tanya kau soalan kau jawab lah! Kau siapa bangsa—"
"Saya suami awak."
✦ ✦ ✦
"PFFTT! BHAHAHAHA!" Kuat Elina menglepaskan tawa.
Uish, lawak apa ni?! Sakit perut dia gelak! Sekarang ni, memang dia rasa nak gelak. Serius!
"Kau buat lawak apa ni ha? Lawak antarabangsa ke? Kau ni..nak buat lawak pun cuba cari punchline yang kena sikit. Ini tak. Tengok muka Angah dengan umi. Blur je dari tadi. Means lawak kau tak sampai." sindirnya. Serius weih, aduh. Sakit perut dia dek menahan tawa yang makin menggeledak dalam perut. Masalahnya lawak dia lawak tahap dewa.
Memang semenjak ni orang suka buat lawak tak jadi eh? Sebab apa ek? Nak attention?
Huh, dasar takde life! Daripada hiburkan orang dengan lawak tak jadi tu, baik bergerak ke hadapan. Move on!
Bila dia sedar tiada siapa yang memberi respon, gadis itu kembali diam. Senyuman yang riang dek gelak tawa tadi pudar sekelip mata. Tiga tubuh di hadapannya itu dipandang satu per satu dengan penuh tanda tanya. Lama.
Mengharapkan penjelasan.
"Apa ni?" Dia menyoal. Jantungnya tiba-tiba saja mengepam laju. Pelbagai rasa mula timbul di sudut hati.
"Elina.." Apabila umi seru namanya, cepat dia kalih memandang orang tua itu. Kedua-dua mata yang cukup senang, cukup medamaikan apabila dia renung, terus hilang sinar.
Yang tingal cuma kekecewaan.
"Apa maksud dia ni, umi? Angah?" soal dia lagi.
"I'll leave you guys here, okay?" Baru saja tubuh sasa itu mahu bangkit, tapi tindakkannya terus mati apabila Elina menghalang.
"Kau nak lari mana?"
"Saya rasa awak patut bincang sendiri dengan keluarga awa—"
"Jadi, kau rasa kau tu sekadar gangguan lah? Maybe bab tu kau dah terlambat.. Ataupun kau memang nak lari lepas kau mengaku kau tu laki aku? Kau takut umi dengan Angah aku nafi? Atau..."
Kening dijongket sebelum dia tersenyum senget.
"Kau nak lari sebab tak nak tanggungjawab lepas kau sentuh aku?"
Lelaki itu diam terkutu. Tak sangka soalan itu dilontar kepadanya. Cukup jelas diselaputi sindiran.
"Saya tak berniat—"
"Kau tak payah nak tipu aku dengan alasan basi kau tu. Duduk!" Akhirnya, lelaki itu menurut. Hah, tahu pun nak dengar! Banyak pulak bunyi dia.
"El, ni bukan masa yang sesuai. El masih lagi sakit. Angah akan bagitahu El bila sampai masanya. Sekarang, Angah dengan umi perlu balik. Masa lawat pun dah habis."
"Eh, tak boleh! Tak boleh! El macam mana pulak?"
"El? El tidur sini lah." Elina kerut dahi.
"El tak nak! Nak balik! Nak ikut angah dengan umi!" Tubuh kecilnya bingkas bangun untuk menuruni katil tetapi dihalang oleh lelaki 'tidak dikenali' itu.
Cepat Elina menepis.
Haih, dia ni tak serik-serik lagi ke kena amuk dengan aku tadi? Nak aku jadi hantu lagi ke apa?!
"Kau jangan sentuh aku." larang Elina. Jari telunjuk tepat menunding ke arah wajah kacak itu.
Rasanya mamat ni failed kot waktu exam Pendidikan Islam. Kerja besar bapak tapi common sense zero! Langsung tak kesah kalau nak berpegang sesama orang yang tak mahram.
Orang bandar katakan.. Semua kerja nak langgar suka hati je, pasal agama pun dah melayang entah ke mana. Sebab tu timbul banyak kes rogol lah mengandung anak luar nikah lah.
Salah satu puncanya ofkos adalah lelaki dan perempuan langsung tak ada batas!
"Tapi awak tak boleh balik lagi. Keadaan awak masih lagi tak pulih sepenuhnya. Tengok ni, disebabkan awak lari tadi balutan kaki awak dah terbukak." Dia membongkok sedikit lalu memegang kaki
Nasib baik lah kaki tak patah semasa kemalangan kalau tidak, memang tak boleh jalan dah gadis ni.
"Eh suka hati aku lah nak lari ke merangkak ke, ada aku kacau hidup kau? Tak kan?"
"Ada, sebab awak isteri saya. Saya tak nak awak sakit." jawabnya senafas. Matanya tak lepas merenung gadis
Wah, wah, wah! Hebatnya kamu! Yakinnya kamu!
"Choiih! Pergi mampus lah dengan gelaran suami kau tu! Aku bukan bini kau! Kau salah orang!"
"Awak kena duduk sini. Awak tak boleh balik lagi, Elina."
"Jangan sebut nama aku lah, gila! Dah, aku nak balik! Tak nak aku hadap muka toya kau tu!" hambur Elina sebelum dia melangkah menuju ke pintu.
"Elina Aazeen. Angah tak suka El macam ni. Kalau El still lagi buat perangai, jangan balik! Duduk sini sampai kau sihat walafiat dulu kalau tak nak angah hantar kau pi hospital sakit jiwa pulak."
Ehhhh?!!!! Dia pulak yang kena? Kena tembak bertubi-tubi pulak tu! Patutnya aim laki sengal ni bukannya dia! jerit Elina dalam hati.
"El tak nak!"
"Nanti lepas seminggu, El balik lah. Haishhh! Jom, umi!" ajak Angah lalu memimpin umi keluar dari bilik wad. Meninggalkan Elina yang maish terpinga-pinga.
Ha???
Seminggu?!!
Hadap laki ni?!
TIDAAAKKKKK!!!!
✦ ✦ ✦
KELOPAK mata dibuka perlahan. Dalam masih berbaring, dengan mengalihkan posisi tubuh menghadap dinding. Tidur atas sofa memang lah kena banyak gerak, kalau tak sakit belakang. Mata yang masih mamai itu digosok.
Lama dia merenung tingkap yang dilindung langsir besar berwarna hijau. Dia selak sedikit langsir itu untuk memudahkan dia melihat pemandangan di luar. Langit biru yang suram itu membuatkan hatinya terasa sayu.
Hari ini merupakan hari kedua selepas kejadian dia bertengkar dengan Angah dan umi bahana berita yang mengejutkan itu.
Lelaki tu? Suami dia? Huh! Nak kelentong aku pun pada-pada jugak lah! Kenal pun tak, ada hati mengaku laki aku? Mintak simpang 44!
Masih lagi tinggal tiga hari dan selepas itu, dia boleh balik ke tempat asalnya. Rumah dia. Tapi entah kenapa seminggu ini rasa seperti berlalu dengan sangat lama...rasa macam setahun.
Kemudian, Elina kembali merenung langit. Mendung yang kian kelihatan bertandakan hujan akan turun. Begitu juga dirinya.
Tangisan tanpa sedar mengalir di pipi diseka laju. Ya Allah..hati terasa sayu mengenangkan wajah yang ingin dia tatap sekarang. Wajah yang paling dia rindu. Wajah umi...Angah...
"Elina?"
Tiba-tiba bahu terasa dipegang lembut. Dia kalih ke belakang. Oh, laki 'sengal' ni ke... Terkejut dia dibuatnya!
Dada diusap perlahan. Bagi salam tak, hai pun tak.. Nasib baik tak bertambah lagi penyakit dia!
"I thought you were sleeping." ujarnya. Seraya itu, senyuman diukir. Gelas yang berisi hot chocolate diletakkan di atas meja bersebelahan katil.
Kata Auntie Einas, umi kepada Elina, hot chocolate merupakan air kegemaran gadis itu. Waktu sarapan saja memang wajibal ghunnah kena ada hot chocolate. Kalau tak ada, paling koman pun nestum chocolate.
Tapi kalau ikut kan, dia memang tak nak bagi gadis ini makan benda manis. Takut jadi penyakit lain pulak, tapi disebabkan nak 'cool down' kan Si Elina ni, terpaksa lah dia guna tektik lain.
Elina senyum menyenget. Tangan memeluk tubuh. Haih lah, nak buat baik pulak mamat ni. Ni mesti bodek umi pastu tanya pasal dia. Buat apa lah pagi-pagi buta ni mamat ni nak muncul depan dia? Dah lah mood dia tak baik sangat hari ni.
"Yeah, I was. Until someone suddenly showed up and decided to become a nuisance." jawab Elina bernada sarkastik. Nak speaking sangat kan?
Ha nah, hamek kau!
"Oh, am I?" Suara lelaki itu kedengaran mencabar.
Panas hati Elina jadinya. "Yes!"
"Hmm..if that's the case, then I shall continue being your nuisance until you're fully recovered."
"Ha?" Gadis itu terpanar. Biar kebenaran mamat ni?
"Saya dah sediakan sarapan untuk awak. Roti bakar pun ada. Kejap lagi say—"
"Apa lagi yang kau nak dari aku sebenarnya? Cuba bagitahu. Tak payah nak try hard sangat, tunjuk baik dekat aku. Ingat aku termakan dengan kelentong kau ni?" sergah Elina. Terhenti segala tindakan lelaki itu mahu mempersiapkan tempat makan.
"Apa maksud awak ni?" soal lelaki itu. Badan berpaling. Mata memandang tepat ke arah gadis kecil molek itu. Badan aje kecil, mulut boleh tahan besar.
Elina ketawa sinis. Haih, dia buat-buat bodoh pulak! Macam mana ek nak handle orang yang buat-buat bodoh ni?
"Kau ni sebenarnya nak duit kan? Macam ni lah okey, saya cakap terus terang. Tulus dari hati. Maaf lah, keluarga aku tak kaya macam yang kau sangkakan. Nak duit, kau boleh aje rompak bank. Tak payah susah-susah reka cerita semata-mata nak curi dari perempuan miskin macam aku. Aku bagi kau tips lah eh, nak jadi pencuri, target dia kena lah gempak. Orang bangsawan katakan. Kalau kau aim perempuan macam aku ni..miskin, takde duit, buruk tu bonus pulak..."
Nafas ditarik sebelum dihembus. Senyuman terpaksa sedaya upaya diukir. Penuh sinis.
"...memang sia-sia je plan kau." sambungya.
Typical men. Dah ada kemewahan, tamak mintak lagi. Dah ada isteri, nak bermadu pulak. Mentang-mentang boleh pasang empat, nak jugak tambah lagi tiga orang. Bukannya nak faham perasaan bini sendiri bila kena madu.
Yang belum berkahwin, dah ada makwe, nak tukar yang lagi 'grand'. Tak pernah nak bersyukur. Hargai. Dasar buaya!
"Tapi aku tengok kau, macam dah berjaya. Jadi doktor. Gaji kompem melimpah macam air terjun kan? Jadi, pe kes pulak kau nak mencuri? Tak reti bersyukur? Mak bapak kau tak ajar eh?"
"Ataupun...oh betul lah kan! Kau ni sebenarnya cari pemuas nafsu liar kau tu je. Memang lah doktor tapi doktor yang ada niat lain. Amacam peluk badan aku yang tak berapa nak mantap ni? Sekeping macam papan ni? Sedap?"
"That's it, Elina. Stop!"
Kali ini, bibir Elina bagaikan dizip serta-merta. Mata yang berkaca jelas terpancar pada wajah lelaki itu benar-benar membuatkan dia ingin melepaskan tawa. Wajahnya juga bertukar merah menahan amarah.
Huh! Puas!
Cakap sikit dah sentap. Cakap sikit dah koyak! Carik! Rabak! Orang macam ni memang hati tisu bebenor!
Tubuh itu melngkah menuju ke arah sofa. Sedar akan tindakannya, Elina segera mengesot ke belakang sedikit. Berjaga-jaga. Kepala tak gerak walaupun seinci.
"Elina.." serunya usai melabuhkan punggung di hujung sofa. Panahan renungan lelaki itu membuatkan Elina menjadi tak senang duduk.
Gulp! Air liur sedaya upaya ditelan. Kenapa dia pandang muka aku macam tu, duh? Macam nak telan aku hidup-hidup! adunya dalam hati.
Lelaki itu mengehembus nafas panjang. Mata dipejam seketika sebelum dibuka semula bersama satu senyuman yang cukup menenangkan. Terasa hangat.
"Awak makan, ya? Saya tak nak isteri saya terus jatuh sakit macam ni lepas ni. Ubat dah ada atas tray, nanti awak makan okey?" Baru saja dia mahu bangkit tapi dia paling semula ke arah gadis itu.
"Dan lagi satu.."
Elina masih tidak bereaksi. Masih sama. Tapi dirinya masih menunggu pernyataan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.
"Awak boleh panggil saya Zaki."
Kemudian, tubuh itu segara berdiri dan berlalu keluar dari ruang bilik tanpa menoleh.

No comments:
Post a Comment