ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua sama rata. Tapi semua itu dusta bagi Elina.
Dia cuma nak merasakan hidup ada tuah. Nasib baik. Dengan cara itu, dia tak perlu lagi hidup hanya berdepankan nasib malang. Ada saja yang tak kena. Ada saja yang bermasalah. Dia serik! Namun, perjalanan hidupnya tidak terhenti di situ.
Kejadian suatu pagi yang cukup mengerikan itu langsung mengubah kehidupan Elina sebanyak 360 darjah. Apa kau rasa bila ada lelaki yang kau tak kenal tiba-tiba tidur sebelah kau siap pegang tangan lagi? Nasib masih ada benang je dekat badan kalau tak, memang arwah dah!
"Aku tanya kau soalan aku jawab lah! Kau ni siapa?!" - Elina Aazeen
Tiga huruf. Impak tiga huruf tu saja, semuanya hancur luluh. Yang paling menyakitkan lagi saraf-saraf otak dia nak memproses...lelaki tu siap mengaku suami!
"Menjahit baju menggunakan benang, mari lah makan dengan abang, sayang.." - ?
"Dua tiga hantu penanggal, sila meninggal!" - Elina Aazeen
Apa lah salah dia buat? Percaya lah, dah bermacam-macam idea, strategi, plan.. dia cuba lakukan untuk dia mengelak dari lelaki itu tapi malangnya, diri dia bagaikan diikat dengan sumpahan "di mana ada Elina, di situ ada dia".
"No matter how far you go, I'll always find you and always there to protect you." - ?
Ha, nampak tak malang di situ? Ya Allah! Ngeri dia tak boleh nak bawak bincang!
Pada mulanya, sudah pasti huru-hara. Permulaan kenalan mereka langsung tiada sinar. Malah, apa yang dia nak cuma satu je. Ya, satu tindakan yang dia cukup nak elak selama dia hidup atas muka bumi luas ni. Cerai!
Tetapi setiap tindakan mereka bagaikan deja vu. Sedikit demi sedikit, ia seperti mengimbas kembali masa silam dan...perkara sebenar mula terbongkar.
"If you fight, I fight. If you jump, I jump. If you die, I'll die with you." - Huzair
Berjayakah Elina mengetahui rahsia sebenar di sebalik kejadian yang berlaku dan menemui 'tuah' yang dicari? Dan siapa Huzair dalam hidup Elina?

No comments:
Post a Comment