Pages - Menu

Greetings

Assalamualaikum,..

Di sini saya menulis sekadar hobi. Bila ada idea mulalah nak type macam2 pastu merapu haha. Maaf kalau ada tersalah bahasa ataupun typo. Member ni still newbie dalam bidang penulisan :)

MY LUCK IS YOU - RELEASED!!!

ORANG selalu cakap, hidup tak semestinya kita selalu hadap nasib tuah. Tak semestinya hanya hadap nasib malang. Senang kata lah, dua-dua...

Sunday, 26 January 2020

My Luck is You! - Bab 1


KAKI pantas berlari anak ke arah Elina yang baru saja memarkir motosikal di ruang parkir. Kedua-dua belah tangan sibuk membimbit plastik yang berisi kotak pizza. 

Mesti dia baru lepas hantar pesanan tadi.. desis hati Adeera.

Tercungap-cungap Adeera menahan nafas sebaik saja tiba di hadapan motor Elina. 

"Oi. Kau okey ke tak ni? Baru lari sikit dah pancit," Dahi Elina berkerut. Haih, bukannya jauh pun dia parking sampai kena lari pecut 100 meter tu. 

Lantas gadis itu menggeleng. Posisinya yang tadi membongkok, berdiri semula. 

"Kau tahu tak aku ni dari pagi sampai petang ni dok ulang-alik merata? Kau takpe ah pakai motor, aku pakai kaki! Letih tau letih?" 

Elina tergelak kecil. Haih, Deera... Deera. 

Apa lah sangat ulang-alik dalam kedai je pun. Kalau naik tangga banyak kali pun, takat lutut sakit je. Nak kata lembik, satgi rajuk pulak!

Sejak dia baru saja nak mulakan kerja part-time di sini, Adeera lah yang banyak membantu. Walaupun jarak perbezaan umur mereka lebih kurang setahun, tapi Adeera tak pernah segan bila bersamanya. Apatah lagi menegur semua salah silap dia sering lakukan. 

Dari dia yang langsung tidak tahu apa-apa langsung tentang peraturan dan proses bekerja di sini, sehingga lah menjadi pekerja yang....

Cemerlang terbilang lah katakan.

"Tu lah kau, aku ajak pergi gym tak nak. Sekarang dah boroi, cepat semput baru nak mengadu. Penat lah, letih lah." 

Adeera mencebik apabila telinga  terpaksa ditadah mendengar bebelen Elina. Alaaaa, suka hati lah! Dah dia malas, nak buat cane dah kan? 

Benda tak gaduh paksa, buat apa bazirkan tenega suruh kalau orang tak nak? 

"Ha, pe hal?" soal Elina. 

Sebenarnya, dia dah tahu apa tujuan  utama Adeera datang ke sini. Bukan sekadar hanya nak berborak kosong. 

"Okey, ni order yang paaaaaling last! Two beef pepperoni and one chicken pepperoni.

Haaa! Pulak dah...! Dah jadi satu kerja kena tekan minyak lagi sekali! 

Tiga kotak berbentuk empat segi sama yang berisi tiga pizza berlainan diberikan kepada Elina. Aroma roti yang masih panas dibau penuh nikmat. 

Haih, lapar lah pulak. 

Viser topi keledar diangkat dan spontan kening kirinya dijongket. 

"Kau ni dah berapa kali last dah ni? Tadi kau kata yang baru aku hantar tu yang last." adunya. 

Dia bukan apa. Cuma sekarang ni sepatutnya dia kena balik. Angah mesti sudah menunggu ketibaanya di depan kedai.

Kejap lagi mesti mak bising sebab balik lambat. Sudah lah kena beli makan malam pula. Aduh letih, letih.

Oh, ya!

Petang hingga malam ini sepatutnya giliran Ukail pula untuk bertugas. Takkan dia masih tak datang lagi? Sudah pukul 7.30 malam kut. Shiftnya bermula pada pukul tujuh. Setengah jam dah berlalu. Mana pergi budak bertuah tu agaknya? 

"Hehehe, alaa bukannya salah aku. Dah customer baru order, jadi aku pass kat kau je lah. Lagipun, aku tengok kau available lagi. Dah alang-alang tak turun moto lagi kan?" jawab Adeera. Senyuman sumbing turut dihadiahkan.  

"Cop, cop. Amboi, amboi, amboi.. banyak cantaik! Bukan sekarang shift budak baru Ukail yang kau minat tu ke? Mana dia?" soal Elina, hairan. Leher dipanjangkan, lalu mengimbas sekeliling. Mencari kelibat lelaki itu.

Cewah, budak baru kaw! Pandai-pandai je tambah gelaran. Tolong lah cermin diri sendiri tu dulu..

"Yang kau tanya aku dah kenapa? Mana lah aku tahu, macam lah aku ni isteri dia nak tahu semua tempat yang dia pergi."

"Tapi kau memang nak jadi kan?" soal Elina. Bukannya dia tak tahu kawan baiknya seorang ni sudah fall in love at first sight dengan Si Ukail tu. Dengan budak muda pun nak calas dia tu. Ye lah.. apa orang cakap? 

Cinta itu buta? Huh! Drama sangat! Memang buta pun! 

Spontan air muka Adeera berubah masam. 

"Hari ni dia tak datang sebab kena ambil abang dia dekat airport. Katanya abang dia baru balik dari outstation. Dari mana aku tak tahu lah. Tapi tu lah masalah dia, tak dapat lah aku nak usha muka handsome dia tu." 

Elina mencebik. Euw, apakah....

"Ei, dah. Cukup! Geli-geliman telinga aku ni dengar tahu tak?" Elina menjauhkan diri ke belakang sambil membuat gaya muntah. Tolong lah, dia cukup tak suka bila berkaitan dengan perasaan cintan-cintun ni. 

Adeera, Adeera..cuba contohi dia? Tak kesah langsung pasal jodoh ke bodoh ke. Tu semua serahkan kepada takdir. Biar takdir tentukan jalan hidup dia. Buat apa nak rush kan? 

Lagipun dia tahu, kahwin dalam lingkungan umur sepertinya pasti banyak kekurangan dalam membina rumah tangga. Sebab tu lah ramai yang cerai-berai. 

Apa yang dia tahu, umur seperti dia ni sepatutnya enjoy dulu! Kahwin? Nanti-nanti ah pikir. Kalau boleh, tak nak kahwin langsung!

Heh, dia boleh jaga diri sendiri lah! 

Adeera ketawa. 

Sengaja dia berkata begitu di hadapan muka Elina. Nak juga dia tengok reaksi gadis bernama Elina itu macam mana. Bukan dia tidak tahu, Elina ni memang jenis anti-lelaki. Walaupun Elina mempunyai rupa paras yang cantik, bila ditanya ada teman lelaki atau tidak, terus dia memberi jawapan bersama jelingan.

Katanya dia tidak berminat atau berniat langsung untuk ada walaupun sekali. Rimas.

Nak kata trauma masa silam? Elina tak pernah cerita pulak. Entah, dia sendiri pun tak pasti. Bukan urusan dia jugak untuk tahu. Kalau sudah sampai masa Elina rasa selesa untuk kongsi, dia akan sentiasa sedia untuk mendengar.

"Nampaknya, tak boleh lah El. Kau tahu tak, masa dia first-first datang kedai kita nak ambil kerja kosong, aku rasa macam he's the one! Terpukau aku tengok dia! Kau tak macam tu?" 

Elina menggeleng perlahan bersama riak muka jijik. Err, peru ke? 

"Kau ingat aku pandang ke laki macam dia? Ei, kirim salam je lah!" 

"Sikit pun tak? Fuh, pelik betul kawan aku sorang ni. Sebab bagi aku, dia macam bidadara yang jatuh dari langit. Dia macam package tau. Baik, tinggi, muka putih, handsome, badan tegap, drawline dia tajam, sweet talker, senyuman dia pun comel...." 

"Macam spesies gay je aku dengar." sela Elina selamba. Terus membulat mata Adeera, terkejut dengan tanggapan Elina terhadap Ukail. 

"Kau ni El! Tak baik tau kalau kita cakap dekat dia bukan-bukan padahal kita tak tahu apa-apa. Kau jangan panda-pandai nak buat andaian kau sendiri pulak. Lagipun, aku percaya. Dia tak macam tu." kata Adeera penuh yakin. Dan dia akan buktikan yang kata-kata Elina tu salah sama sekali!

Elina mengangkat bahu tanda mengalah. Dia pun tak nak bertekak dengan Adeera bab-bab yang tak berfaedah ni. 

Ikut lah, yang penting dia tetap tidak ada rama-rama beterbangan dalam perut dia apabila melihat lelaki seperti Ukail buat kali pertama. Baginya, semua lelaki sama saja. Hanya bangga dengan rupa paras mereka.

"Anyway, kau okey tak nak hantar ni? Kalau kau penat, aku boleh je pass dekat orang lain." Baru saja Adeera mahu beredar bersama dua kotak pizza tersebut tetapi cepat tangan Elina menahan.

"Eh, takpe. Aku boleh handle. Benda kecik je ni." Walhal, sebenarnya dia pun agak keletihan, tubuh badan pun sudah terasa sakit di bahagian pinggang dan berlengas. 

Tetapi apa lah sangat kalau satu location je? Lagipun, bukannya jauh pun. Naik motor, kalau pulas minyak tu kejap je sampai. 

"Alright then. Alamat dia aku dah set dalam GPS kau. Kau nak aku bagitahu abang kau?" 

Elina geleng. 

"Tak payah. Nanti aku tahu lah nak call dia." Adeera mengangguk mengerti. 

Kotak pizza disusun di dalam beg segi empat yang diletakkan di belakang. Enjin motosikal dihidupkan sebelum gadis itu terus memecut menuju ke destinasi penghantaran.

Ketika dia sibuk menumpu jalan di depan, telefon bimbitnya berbunyi. 

Ini mesti Angah, putusnya. 

Ragu-ragu dia mahu mengambil untuk menjawab panggilan. Kang terlepas pandang selekoh nanti, jadi satu kerja pulak kena u-turn

Motosikal diperlahankan apabila lampu isyarat bertukar merah. Nampaknya lambat lagi lah nak sampai. Tangan mencapai telefon dari kocek jaket hitam. Nombor telefon Angah didail. 

"Yo, angah. Pe hal?" sapanya tanpa memberi salam. Angah mengucap panjang. Haih, budak ni memang kena ajar bagi salam lah.

"Yo, yo...apa yo yo? Salam mana salam? Pang baru tau. Kawan El ni cakap El pergi hantar order? Banyak ke order nak kena hantar tu?"

"Tak, satu location je. Kejap lagi El balik lah. Motor El angah ambil tak lagi?" Sempat lagi dia menyoal. 

Mana taknya? Sudah seminggu motor RXZ miliknya berada di workshop. Rindu pula dia dengan 'boyfriend' kesayangannya itu. 

Sejak-menjak ni, kerap sungguh motosikalnya mengundang masalah. Sudah berapa kali kena hantar workshop. Mujur lah Angah sendiri punta kawan yang telah mengusahakan bengkel motosikal sendiri. 

Kalau tak, terpaksa lah kena cari workshop yang trusted dan tak jauh dari rumah.

Angah mengangguk sambil mengurut pelipis. Sempat lagi budak ni tanya pasal motor kesayangan dia tu. Orang dah lah tengah risaukan dia ni. 

"Dah, angah pun dah tolong bayarkan sekali. Ni, angah kena balik. Ibu call tadi, suruh angah belikan bahan mentah kat kedai. El boleh kan balik sorang?" 

Elina menghambur tawa. Apa punya soalan ni? Nak buat lawak ke apa?

"Apa lah angah ni, macam lah adik angah ni tak biasa. Of course lah boleh," jawab Elina, yakin. 

"Eleh, boleh lah sembang kencang. Last-last, motor rosak cari angah jugak." Mata dijuling ke atas. Ada adik seorang pun dah menyampah tahap gaban! 

"Hm, dah lah. Jangan tak balik pulak. Tak balik, then no ride for a month." Elina menjawab salam Angah sebelum memutuskan talian. 

Elina merenung skrin telefon bimbitnya yang sudah menjadi gelap. Ceh! Sedap hati dia je nak larang orang! Biar lah dia nak balik lewat pun! Sebok je. 

Bukan main marah orang tadi, dia pula yang letak phone tanpa bagi salam. Nasib sayang kalau tak, memang dia maki hamun dah abang dia ni. 

Kemudian, fikirannya memikirkan saty idea. Tanpa sedar, dia tersenyum senget. Penuh makna.

Walaupun sekali, dia pun nak merasakan hidup ada tuah jugak. 

Sorry angah, I've been thinking to take a long ride with my 'Romeo' tonight. Tunggu lah, malam ni aku nak bagi geng Riders tu makan asap! bisik hati Elina.

Setelah lampu isyarat sudah bertukar hijau, dia terus memecut. Selekoh kiri dituju.

Tetapi entah bagaimana dia boleh terlupa memberi signal terlebih dahulu, satu lampu kuning laju menuju ke arahnya. Semakin lama semakin dekat lampu itu mendekati, semakin terang. Anak mata  tiba-tiba menjadi silau.

Dan dalam sekelip mata, dunianya menjadi gelap.


✦ ✦ ✦


SETIAP perbuatan yang dilakukan, mesti ada sebabnya. Dan setiap yang berlaku, pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Tak ada perkara yang berlaku di dalam dunia ni tanpa sebarang sebab yang kukuh.

Tak kira lah baik atau jahat. Yang penting sama ada kita boleh terima ataupun tak.

Tetapi semua orang tahu, ia bukannya semudah mengira satu dua tiga. 

Kadang-kadang setiap pilihan yang kita pilih untuk lakukan, boleh jadi itu adalah keputusan yang salah. Cuma kita je yang tak nampak dan tak pandai untuk nilai. 

Boleh jadi jugak, benda yang kita nakkan seumur hidup kita, Allah SWT dah tadahkan depan mata. Cuma kita je yang buta. Bukan buta mata tapi buta hati. 

Masih terkapai-kapai mencari yang lebih sempurna daripada apa yang telah diberi. 

Itu lah manusia. Sifat manusia selalu tamak dengan habuan di dunia. Harta. Kekayaan. Sehinggakan manusia sendiri lupa apa tujuan mereka hidup  di atas muka bumi. 

Dalam kata lain, dunia sentiasa kejam dan diselaputi kejahatan bercampur kegelapan. 

Ya, itu lah yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa hebatnya lakonan sebuah pementasan yang diberi nama 'dunia'. 

Kaki dipeluk erat. Kepala ditunduk sehingga mengena lutut. Dia langsung tak mampu untuk mengangkat wajah. Setitis demi setitis air mata laju mengalir ke pipi setelah lama dia cuba untuk bertahan. 

Apa yang dia mampu lakukan sekarang ialah bersembunyi di penjuru bilik. Dalam kegelapan yang berjaya mengaburi pandangan. Tanpa cahaya yang dapat menyinari jalan keluar.

Bang! 

Bunyi daun pintu dihempas membuatkan sekujur tubuhya tersentak. Pelukan dieratkan lagi sebelum dia memejam kelopak mata rapat. 

Perasaan takut, gerun, sedih malah kecewa... semuanya bercampur menjadi satu. 

"Sayang..." satu suara memanggil. 

Takut-takut dia mahu mengangkat kepala. Terus dia menutup telinga dengan telapak tangan. Dia tak mahu mendengar apa-apa. Dia tak kuat. Cukup. Cukup apa yang dia dengar. 

Dia.. Tak mampu! 

"Mari ikut..." suara itu bergema lagi. Tidak mengalah. 

Kepala digeleng laju. 

"Jangan degil dengan aku boleh tak pompuan?! Bangun!" Kepala digeleng lagi. Kali ini dia menggunakan kaki unutk menyepak.

Tetapi langsung tak berkesan. 

Suara itu tertawa sinis. 

"Oh, kau melawan ya? Nak sepak aku? Kurang ajar!" 

Pang! Pang

Wajah gadis itu ditampar berkali-kali. Hati terlampau panas dek amarah yang mula menguasai. 

"Hoi, budak! Kau tak payah kurang ajar dengan aku! Kau ikut aku! Sini kau!" tengking lelaki itu. 

Lengannya direntap kuat. Tak cukup dengan tiu, rambut hitamnya yang diikat ekor kuda ditarik kasar sehingga membuatkan tubuh kecil itu diheret. 

Baru saja dia mahu menggigit tangan kekar tersebut, tapi lelaki itu lebih pantas bertindak. Tubuhnya dihempas ke dinding dan laju perutnya disepak kuat.

Satu kali.

Dua kali.

Tiga kali. 

"Arghhh!!" 

Dia meraung kesakitan. Menangis. Itu lah tindakan yang dia mampu lakukan saat ini.

Mahu saja dia melawan lelaki ini. Lebih baik iaitu membunuh hidup-hidup saja tetapi apakan daya? Dia hanya seorang budak perempuan yang lemah. 

Malang.

Ya, yang malang. 

Yang tidak punya kekuatan untuk melawan semula. 

Yang hanya mempu menangis menagih simpati.

Yang hanya mampu menunggu pertolongan, 

yang dia tahu tak akan tiba untuknya.










No comments:

Post a Comment

In case you forgot

Has a cat got your tongue? Don't forget to comment! Maaf kalau ada kesilapan bahasa atau typo. Budak ni masih newbie ~~